Gereja dan dunia memerlukan pembabitan orang muda, kata bapa-bapa sinod

0
Clergy and lay people participate in a working group at the Synod of Bishops on young people, the faith and vocational discernment at the Vatican Oct. 10. (CNS photo/Vatican Media) See SYNOD-GROUP-VOCATIONS Oct. 16, 2018.
Clergy and lay people participate in a working group at the Synod of Bishops on young people, the faith and vocational discernment at the Vatican on 10 October (CNS photo/Vatican Media)

KOTA VATIKAN — Dalam tulisan mereka kepada orang muda di dunia, anggota-anggota Sinod Uskup-Uskup berkata mereka mahu menggalakkan mereka dan membantu mereka mencapai impian mereka, dan mereka berdoa agar kegagalan mereka sendiri tidak akan menghalau golongan muda dari Gereja.

“Kelemahan dan dosa kami tidak boleh menjadi halangan bagi kepercayaan anda. Gereja adalah ibu anda; dia tidak meninggalkan anda; dia bersedia untuk mengiringi anda pada jalan baharu, pada laluan yang lebih tinggi di mana ribut Roh bertiup lebih kuat – meniup embun sikap acuh tak acuh, kecetekan dan tawar hati,” bapa-bapa sinod menyebut dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada orang muda di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Sinod Uskup-Uskup, Kardinal Lorenzo Baldisseri, membaca surat tersebut dengan suara yang lantang selepas Misa pada 28 Oktober lalu untuk menutup Sinod Uskup-Uskup mengenai orang muda, umat dan kepekaan panggilan.

Di hadapan Pope Francis dan golongan muda di Misa tersebut, beliau berkata anggota-anggota sinod mahu memberi kata-kata “harapan, kepercayaan dan penghiburan”.

Selepas berhimpun untuk perbincangan di Vatikan pada 3-27 Oktober lepas, mereka berkata mereka mengenali dalam suara Yesus “suara anda yang ramai, jeritan anda yang gembira, laungan anda dan waktu senyap anda”.

“Kami mahu sama-sama menikmati kegembiraan anda, supaya jangkaan anda boleh hidup,” kata surat itu. “Kami pasti dengan semangat anda untuk hidup, anda akan bersedia untuk melibatkan diri supaya impian anda boleh direalisasikan dan terbentuk dalam sejarah anda”.

Apabila dunia yang Allah begitu kasihi “fokus kepada kebendaan, kepada kejayaan jangka pendek, kepada keseronokan, dan apabila dunia menindas golongan paling lemah, anda mesti membantunya bangkit sekali lagi dan mengalih pandangannya ke arah kasih sayang, kecantikan, kebenaran dan keadilan sekali lagi”, kata uskup-uskup kepada golongan muda.

Selepas sinod sebulan di Vatikan, mereka berkata, “kami ingin meneruskan perjalanan sekarang di setiap pelosok bumi di mana Tuhan Yesus mengutus kami sebagai murid-murid mubaligh”.

“Gereja dan dunia amat memerlukan semangat anda,” kata mereka kepada golongan muda. “Pastikan untuk menjadikan orang paling rapuh, orang miskin dan mereka yang dilukai kehidupan sebagai rakan-rakan dalam perjalanan anda. Anda adalah masa kini; jadilah masa depan yang lebih cerah.”

Surat khas itu, yang diluluskan oleh sinod, dirangka oleh sebuah suruhanjaya antarabangsa yang dianggotai empat orang uskup, dua orang wanita muda – seorang dari Amerika Syarikat – ketua komuniti Taize dan seorang paderi dari Itali, dan semua mereka menyertai sinod berkenaan.

CNS (Terjemahan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.