Misa Kesyukuran bagi meraikan Ulang Tahun Ke-50 Konsekrasi Katedral St Joseph

1
Uskup Agung Simon merayakan Misa Kesyukuran bersama Uskup Agung Emeritus Peter Chung dan John Ha, Uskup Richard Ng (Miri) dan 33 orang paderi. (Gambar: John Lai)

KUCHING — Gereja St Joseph dikonsekrasi pada 19 Mac 1969 oleh Vikar Apostolik, Uskup Charles Reiterer MHM. Ia diangkat menjadi Katedral St Joseph pada 31 Mei 1976 apabila Vikariat Kuching menjadi sebuah Keuskupan Agung.

Ketika merayakan Misa Jubli Emas pada 19 Mac lalu, Uskup Agung Simon Poh mengucapkan terima kasih kepada Tuhan yang telah memberikan Katedral itu yang didedikasi tepat 50 tahun lalu.

Misa dirayakan bersama Uskup Agung Emeritus Peter Chung dan Uskup Agung Emeritus John Ha, Uskup Richard Ng dan 33 orang paderi dari Keuskupan Agung Kuching.

Katedral itu penuh sesak. Pada hujung Misa, Uskup Agung Simon mempelawa Uskup Agung Emeritus John Ha untuk melancarkan buku meja kopi peringatan yang beliau telah tulis untuk sambutan yang istimewa ini.

Dalam ucapan beliau, Uskup Agung Emeritus John H menekankan kepentingan sejarah bagi mana-mana jemaat, masyarakat dan negara, keana ia menceritakan bagaimana dan kenapa mereka sampai ke status sekarang, selain memberi pengajaran kepada mereka untuk merangka masa depan.

Katedral St Joseph mempunyai sejarah yang bermula pada 1881. Pada hari ini, Katedral itu menjadi kesaksian besar bagi jemaat Katolik di Keuskupan Agung Kuching, dan bagi perkembangan Kristian dan rohani kita sebagai sebuah gereja tempatan.

Uskup Agung Emeritus itu berkata setakat ini, tidak banyak yang telah direkodkan mengenai perkembangan Katedral. 

Beliau sendiri dibaptis dan disahkan (confirmed) di Gereja lama, dan ditahbis sebagai seorang paderi dan uskup di Katedral ini.

Beliau mengabadikan buku berkenaan sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan bagi anugerah Injil dan anugerah Katedral. 

Beliau sendiri kemudian menandatangani bukunya ‘Icon of Change’ selepas pelancaran tersebut.

Uskup Agung Simon turut melancarkan Tabung Pembaharuan Katedral St Joseph, manakala Father Vincent Chin memberi penjelasan lanjut, menerusi bantuan audio visual, mengenai rancangan pembaharuan Katedral yang menarik.

Ia termasuk kaca berwarna di pintu masuk utama, selain sistem penghawa dingin. Pendawaian elektrik baharu, kerja membaik pulih bumbung yang bocor, menaik taraf sistem bunyi, projeksi dan lampu juga dalam perancangan.

Di luar Katedral, pembinaan sebuah piaza (medan) terbuka, teres tepi, laluan berjalan kaki berbumbung, patung Bonda Maria dan lain-lain, pasti akan menjadi tarikan bagi semua. 

Kerja pembaharuan dirancang dengan kemudahan bagi matlamat untuk memberi khidmat kepada jemaat vagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, jika tidak lebih lagi.

Dua hari sebelum Misa, majlis makan malam kesyukuran besar-besaran telah diadakan di sebuah restoran tempatan untuk meraikan ulang tahun ini.

Dianjurkan oleh Majlis Pastoral Keuskupan Agung pada 17 Mac lalu, acara itu mencatatkan sokongan yang amat baik sekali daripada semua paroki dalam Keuskupan Agung Kuching. Ia menghimpunkan lebih seribu jemaat.

Kemuncak majlis adalah acara memotong Kek Ulang Tahun Ke-50 yang direka dalam bentuk Katedral.

Ivy Chai (Terjemahan)


Laporan dalam Bahasa Inggeris: Thanksgiving Mass to celebrate 50 years of consecration of Cathedral

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.