Majlis makan malam untuk mengutip dana bagi Gereja St Ignatius Saratok

0
Pengerusi pengelola Raphael Enkayau mempersembahkan cenderahati kepada YP Tuan Ali Anak Biju

SARATOK – “Bersatu Dalam Kristus”, begitulah tema Majlis Makan Malam Kutipan Dana yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Gereja St Ignatius Saratok pada 3 Ogos lepas. Makan malam ini berlangsung dengan jayanya di Dewan SJK (C) Min Syn, Saratok.

Seramai 540 orang hadirin dan jemputan hadir sama, iaitu dari Gereja ‘Our Lady Queen of Peace’ Sri Aman, St Anthony Skrang, Holy Family Betong, dan juga jemaat serta ahli dari berbagai jawatankuasa, persatuan dan jabatan setempat.

Sebelum majlis bermula seawal 6.30 petang, semua ahli jawatankuasa St Ignatius Saratok telah mengabadikan kenangan dengan sesi fotografi bersama-sama. Penaung jemputan pada majlis itu adalah Yang Berhormat Tuan Ali Anak Biju, Ahli Parlimen P.205 Saratok.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan doa pembukaan oleh Father Augustine Jepy. Ini diikuti ucapan daripada Pengerusi Pengelola, Raphael Engkayau dan diikuti ucapan oleh YB Ali Anak Biju.

Kumpulan Belia dan Marian Guild telah memulakan acara dengan persembahan tarian mantap pada malam itu. Berbagai aktiviti dan acara memeriahkan lagi majlis seperti persembahan penyanyi country solo, acara memotong kek, nyanyian lagu tajaan dan suara emas.

Acara diselang-seli dengan cabutan tiket bertuah yang mendapat sambutan ramai kerana menawarkan berbagai hadiah barangan elektrik dan hamper untuk dibawa pulang.

Secara keseluruhannya, majlis yang telah dirancang dan diusahakan dengan gigih oleh jawatankuasa ini telah dijalankan dengan lancar dan jayanya serta mencapai objektif untuk mengumpul dana gereja sekaligus menyatukan jemaat dalam Kristus.

Rossita Guang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.