Pelayan altar diingatkan tentang peranan mereka

0
Pelayan Altar Gereja St Mark, Batu Kawa

BATU KAWA — Kumpulan Pelayan Altar Gereja St Mark Batu Kawa, Kuching, telah menjalani pembentukan mereka pada 28 September (Sabtu) di Gereja St Mark, Batu Kawa.

Seramai 16 orang pelayan altar menyertai sesi tersebut yang dianjurkan oleh Ministri Pelayan Altar St Joseph.  

John Deho, penolong penyelaras Ministri Pelayan Altar Katedral St Joseph mengendalikan sesi itu yang bertujuan untuk mendidik pelayan altar agar menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap kewajipan mereka.

Pembentukan itu bermula dengan doa dan sesi nyanyian bersama yang diketuai oleh Clance Norito Isaac. 

Pelayan altar diingatkan tentang kewajipan mereka dan peranan mereka sebagai seorang pelayan altar.

Ia kemudian diikuti ceramah mengenai struktur Misa dan makna upacara dan doa Katolik.

Ministri Pelayan Altar St Mark kini sedang merekrut ahli baharu berusia 13 tahun ke atas untuk menyertai mereka sebagai satu pasukan besar untuk melayani Tuhan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada pejabat paroki St Joseph di talian 082-423424. 

Sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.