Senibina gereja Gothik untuk bangunan Gereja St Peter baharu di Padungan

Artist's impression of aerial view of the new St Peter's Church. (Photo credit: St Peter's Parish)
Uskup Agung Simon Poh memimpin orang ramai dalam mendoakan perlindungan Tuhan ke atas para pekerja semasa pembinaan dijalankan (Photo credit: Audrey Yu)

KUCHING — Bangunan baharu Gereja St Peter yang akan dibina tidak lama lagi di Padungan dijangka akan menjadi mercu tanda yang menonjol dalam landskap Kuching apabila ia siap dalam tempoh empat tahun akan datang.

Uskup Agung Kuching Simon Poh merasmikan acara pecah tanah dan pemberkatan tapak bangunan gereja baharu bersama Rektor Gereja St Peter Father Vincent Chin pada Ahad 20 Oktober lalu.

Perjanjian kontrak turut ditandatangani pada hari yang sama dan disaksikan oleh kira-kira 100 jemaat paroki termasuk ahli majlis paroki, kontraktor dan arkitek.

Uskup Agung Simon merenjis air suci di tapak pembinaan untuk memberkati tanah berkenaan dan berdoa agar Tuhan melindungi semua yang akan bekerja di tapak itu daripada segala musibah.

Fr Vincent, yang memiliki latar belakang senibina, berkata reka bentuk bangunan gereja baharu diilhamkan oleh idea dan konsep di gereja-gereja yang beliau pernah alami dan kunjungi di seluruh dunia.

Gambaran artist bagi pandangan dalam gereja baharu St Peter

Beliau selanjutnya berkata pertimbangan pertama dan utama dalam fikiran mereka ketika mereka membuat keputusan untuk membina bangunan gereja baharu itu adalah untuk memastikan jemaat mempunyai persekitaran yang kondusif untuk beribadah.

Bangunan gereja sedia ada dibina pada 1949 dan dapat menampung hanya 800 anggota paroki. Mengambil kira populasi Katolik yang semakin ramai pergi ke gereja terutamanya pada hari-hari perayaan gereja, ini telah memerlukan pembinaan bangunan gereja yang lebih besar. Selain itu, asas bagi gereja yang sedia ada sudah mula menunjukkan tanda kerekahan.

Reka bentuk gereja baharu adalah berdasarkan senibina gereja Gothik dengan kaca berwarna sebagai ciri utama. Ia dijangka memiliki menara tajam, gerbang ‘ogival’, tingkap mawar, jubin lantai istimewa dan sebuah menara loceng. Ia memiliki kapasiti untuk menempatkan lebih 1,000 jemaat dalam satu masa.

Selain gereja baharu, Pelan Pembangunan Induk yang diluluskan oleh Lembaga Perancangan Negeri termasuk sebuah dewan serbaguna yang bersambung dengan blok pejabaty, sebuah hostel lapan tingkat untuk sekolah antarabangsa, sebuah pusat pembentukan empat tingkat, sebuah kolumbarium dua tingkat dan tempat letak kereta yang mencukupi, dengan ruang yang luas di seluruh kawasan.

Bangunan gereja baharu itu akan memakan kos melebihi RM37 juta dan tender sudah dianugerahkan kepada Perbena Emas Sdn Bhd.

Pembiayaan gereja baharu datang daripada anggota paroki yang murah hati dan penyokong yang berniat baik.

Majlis Paroki St Peter (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Gothic church architecture for new St Peter’s Church, Padungan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.