Apa yang saya inginkan untuk Krismas adalah Yesus

0
DIWAKILI … Kontinjen Gereja Roman Katolik di perarakan ini dianggotai 520 orang anggota paroki. (Foto: Crystal Chong)

Oleh Shannon Wei

KUCHING Pada malam 7 Disember 2019, hampir 8,000 orang menempuh hujan untuk menyertai Perarakan Krismas Kuching tahunan pada tahun ini, dengan memakai payung berwarna-warni, poncho dan baju hujan di sepanjang lebuh raya Kuching.

Peserta dari pelbagai denominasi gereja dan kumpulan berhimpun di Padang Jubli MBKS sebelum hujan turun dan tanah berubah menjadi tapak ‘karnival’ yang berwarna-warni.

Ia juga meraikan kepelbagaian budaya, dengan doa pembukaan,baca kitab dan nyanyian lagu rohani dalam pelbagai bahasa sebelum setiap kontinjen membawa kepercayaan mereka ke lebuh raya.

Perarakan pada tahun ini, yang diadakan dari jam 6.00 petang hingga jam 10.00 malam, menggunakan tema ‘Apa Yang Saya Inginkan Untuk Krismas adalah Yesus’.

Semakin malam berlarutan, lebuh raya dihidupkan oleh persembahan muzik, kereta berhias yang berwarna-warni, persembahan kostum dan pemberian gula-gula.

Laluan 4 km ytahunan di bahagian tengah Kuching meliputi bulatan HSBC ke Jalan Padungan, Jalan Tun Abdul Rahim (Tebingan Kuching), Lebuh Temple (Hotel Harbour View), Lebuh Wayang (dahulu Star Cineplex), Jalan Tabuan (dahulu Pasar Raya Ting & Ting & Hotel Borneo), Jalan Ban Hock (Hotel Grand Continental dan flat MBKS), dan balik ke Padang Jubli MBKS.

Pada tahun ini, kontinjen Gereja Roman Katolik terdiri daripada 520 wakil rasmi dari lima paroki bandar raya iaitu Katedral St Joseph, Gereja Blessed Sacrament, Gereja St Peter, Gereja Holy Trinity dan Chapel Bonda Maria.

Gereja lain yang mengambil bahagian termasuk Gereja Anglikan, SCAC Gereja Methodist, SIAC Gereja Methodist, Gereja SIB, Gereja Seventh-Day Adventist, Gereja Baptist Sarawak, Gereja Blessed, Gereja-Gereja Anggota Kuching Ministers’ Fellowshipm, dan lain-lain, bersama kontinjen dari Salvation Army, Boys’ Brigade dan Girls’ Brigade.

Perarakan Krismas Kuching 2019 dianjur bersama oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) dan disokong oleh Kuching Ministers’ Fellowship, dan gereja penganjur adalah SCAC Gereja Methodist.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: All I Want for Christmas is Jesus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.