Guru Sekolah Minggu hadiri rekoleksi

0
Sunday School teachers at the recollection and catechetical session at St Matthew's Church, Bau. (Photo: Doritha Ng)

Guru-guru Sekolah Minggu di rekoleksi dan sesi kateketikal di Gereja St Matthew, Bau. (Foto: Doritha Ng)

Oleh Doritha Ng

BAU — Pada 18 Januari lalu, kira-kira 220 guru Sekolah Minggu dari pelbagai kampung di Paroki Bau menyertai rekoleksi dan sesi kateketikal setengah hari di Gereja St Matthew, Sibuluh, Bau.

Rekoleksi itu dikendalikan oleh Rektor Gereja St Stephen Bau, Father Peter Liston dengan tema ‘Cari, Kenali, Kongsi Kristus’.

Beliau menyampaikan penghargaannya kepada sukarelawan di atas kesediaan mereka untuk menyahut seruan ini.

Beliau berkatya ia adalah peluang bagi mereka dalam ministri kateketikal untuk diperbaharui dalam roh dan memperdalami ikatan mereka dengan Tuhan dan dengan satu sama lain. 

Fr Peter menegaskan bahawa kita mesti berusaha untuk mengenali Yesus dengan tulen, tahu mesejNya,da tahu cara hidup Katolik yang membawa kepadaNya.

“Katekisme adalah tanggungjawab seluruh jemaat Kristian dan ia bukan hanya tanggungjawab katekis dan paderi tetapi juga tanggungjawab semua umat Allah,” tambahnya.

Sebagai kesimpulan beliau memetik 2 Timotius 4:7 “Aku sudah berjuang dengan baik. Aku sudah menamatkan perlumbaan. Aku sudah menyimpan kepercayaan”

Rekoleksi berakhir dengan Misa yang dirayakan oleh Fr Peter dan selepas Misa, guru-guru Sekolah Minggu mengadakan persaudaraan sederhana namun bermakna di dewan masyarakat.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Sunday School teachers attend recollection to Seek, Know, Share Christ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.