‘Home of Peace’ adakan Parti Kesyukuran dan Krismas

0
'Home of Peace' turut meraikan hari jadi bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Oktober, November dan Disember semasa Parti Kesyukuran. (Foto: CWS)

Oleh Josh John

KUCHING — Pusat ‘Home of Peace’ meraikan Parti Kesyukuran dan Krismas tahunan mereka pada 14 Disember lalu di Jalan Landeh, Kota Padawan dengan lebih 100 orang tetamu, kakitangan dan penduduk.

Majlis bermula dengan sembahyang Misa pada jam 4.00 petang yang dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh bersama Father Patrick Heng selaku Pengarah Rohani Majlis Khidmat Kebajikan Katolik Sarawak (CWS) di chapel pusat tersebut.

Uskup Agung menggunakan peluang itu untuk mengumumkan bahawa Uskup Agung Emeritus John Ha akan pindah ke sana sebagai Chaplain Pusat pada Januari 2020.

CWS bergantung kepada Pameran Makanan Amal dan acara untuk mengutip jumlah yang banyak bagi menampung kos operasi pusat itu. Dengan kos yang semakin meningkat, mengumpul dan akan menjadi satu acara tahunan.

Selepas Misa, semua dialu-alukan untuk menyertai parti di dewan makan pusat itu yang telah dihiasi dengan cantik oleh kakitangan dan penghuni. Mereka disambut dengan tarian tradisional oleh dua orang wanita yang memakai kostum tradisional Iban.

Matron pusat itu, Sr Ursula Lian, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan penderma di atas sokongan mereka sepanjang tahun lepas, terutamanya bagi sumbangan dua buah van untuk kegunaan pusat itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kerana menjalankan tugas mereka dengan profesional selain Uskup Agung dan semua tetamu jemputan di atas kehadiran mereka.

Santa Claus muncul sambil membunyikan locengnya dan membahagikan hadiah dari beg merahnya yang besar. Ramai yang menggunakan kesempatan itu untuk bergambar dengan Santa.

Selepas doa makan, makanan yang enak telah disajikan oleh kakitangan pusat. Uskup Agung Simon kemudian membahagikan angpau Krismas kepada semua kakitangan bagi pihak pengurusan pusat.

Uskup Agung Simon memulakan sesi karaoke dengan mendendangkan lagu John Denver ‘Country road take me home’. 

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan YB Lo Khere Chiang turut menyampaikan nyanyian untuk menghiburkan hadirin.

Acara pada malam itu diakhiri dengan ‘Poco Poco’ yang popular dan disertai ramai hadirin.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Home of Peace holds Christmas and Thanksgiving Party

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.