Misa Tahun Baharu Cina di Gereja St Theresa

0
Fr Leonard Yap (R3) presiding at the CNY Thanksgiving Mass with (from Right): Fr Pratap, Fr Raj and Fr Robert Jissem. (photo: Joseph Then)
Fr Leonard Yap (Ketiga dari kanan) yang merayakan Misa Kesyukuran CNY dengan (dari kanan): Fr Pratap, Fr Raj dan Fr Robert Jissem.

Oleh Joseph Then

SERIAN — Kongregasi yang besar hadir untuk Misa Kesyukuran Tahun Baharu Cina (CNY) di Gereja St Theresa pada 24 Januari (Ambang CNY) pada jam 8.30 malam. Ramai daripada jemaat pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan itu.

Misa dirayakan oleh Rektor Father Leonard Yap yang juga Pengarah Rohani Jawatankuasa Cina Majlis Pastoral Paroki, bersama Fr Raj, Fr Pratap dan Fr Robert Jissem.

Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Dennis Sung, Bendahari Simon Yong bersama Lucy Voon, Teresa Yong, Simon Sung, Marianne Lai, John Jong dan Bong Sze Mei mewakili kongregasi untuk mempersembahkan roti, wain, kacang tanah, oren, pomelo, kek dan wang kutipan.

Pengerusi Komuniti, Lucy Chai, menjelaskan makna setiap persembahan kepada kongregasi.

Dalam homili beliau, Fr Leonard menasihati jemaat untuk tidak bermain dengan telefon bimbit di majlis perjumpaan CNY untuk menunjukkan hormat kepada tuan rumah dan orang di sekeliling.

Demikian juga, mereka tidak harus bermain dengan telefon bimbit sewaktu Misa untuk menghormati kehadiran Tuhan.

Memandanhgkan tahun kalendar Cina baharu adalah tahun “tikus”, Fr Leonard turut menyebut tentang makna tikus yang baik dan buruk kepada kehidupan manusia.

Seperti pada tahun-tahun lalu selepas Misa, Fr Leonard memberkati oren mandarin yang dibawa oleh jemaat. Pengerusi dan Bendahari Majlis Pastoral Paroki menyampaikan penghargaan kasih kepada paderi dan religius sebagai tanda terima kasih kepada mereka di atas bimbingan rohani; Fr Raj menyampaikan penghargaan kasih kepada pelayan altar sebagai tanda terima kasih kerana menjalankan tugas dengan baik; Fr Pratap menyampaikan penghargaan kasih kepada warga emas sebagai tanda terima kasih di atas kasih sayang dan penjagaan mereka, manakala Father Robert Jissem menyampaikan pemberian kepada kanak-kanak dengan doa bagi kesihatan baik dan agar mereka berjaya dalam pelajaran mereka.

Belia masyarakat Cina mempersembahkan tarian kebudayaan untuk menghiburkan jemaat pada hujung Misa. Pengerusi Komuniti, Lucy Chai mengucapkan terima kasih kepada semua orang di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan supaya kerja dapat dibuat dengan lancar.

Beliau turut memperkenalkan mereka yang telah meluangkan masa dan tenaga mereka untuk menghiasi gereja sempena perayaan itu. Mereka menerima tepukan gemuruh.

Selepas kedua-dua Misa pada hari kedua CNY (26 Januari), warden, bagi pihak masyarakat Cina, telah membantu untuk membahagikan 1,000 buah oren mandarin kepada kongregasi di akhir setiap Misa.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Serian Catholics celebrate CNY with Mass and cultural dance

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.