BSC ucap selamat jalan kepada Fr Felix Au

0
Archbishop Emeritus Peter Chung (R) presenting an appreciation gift to Fr Felix Au (L) with his parents Simon and Marian Au looking on. (Photo: Crystal Chong)
Uskup Agung Emeritus Peter Chung (R) menyampaikan hadiah penghargaan kepada Fr Felix Au (L), disaksikan oleh ibu bapa Fr Felix, Simon dan Marian Au. (Foto: Crystal Chong)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Kira-kira 500 jemaat berada di sebuah restoran tempatan pada malam 9 Februari lalu untuk majlis makan malam perpisahan yang dianjurkan untuk Fr Felix Au, rektor lama Gereja Blessed Sacrament (BSC). 

Ia dimeriahkan lagi oleh kehadiran Uskup Agung Emeritus Peter Chung dan Fr Lawrence Chua, rektor pertama BSC.

Pada masa yang sama, majlis turut mengalu-alukan rektor baharu paroki, Fr Patrick Heng, yang dirasmikan oleh Uskup Agung Simon Poh dalam Misa Senja Sabtu pada 22 Februari lalu. 

Dalam ucapan perpisahan beliau, Fr Felix mengucapkan terima kasih kepada semua di atas sokongan mereka selama tiga tahun beliau berkhidmat sebagai rektor BSC.

Beliau mengenali banyak bakat di paroki ini, dan memerhatikan ramai anggota paroki yang lebih diperkasakan untuk menjalani panggilan mereka sebagai orang Kristian.

Walaupun beliau ingin sekali meneruskan khidmat untuk memastikan pelaksanaan banyak projek dalam perancangan, beliau perlu percaya kepada Allah bahawa “gangguan” daripada panggilan beliau untuk mempelajari bahasa Cina di Taiwan selama setahun, adalah sebahagian daripada rancangan Allah.

Fr Felix memberi pujian kepada Fr Lawrence kerana memberikan kepada beliau asas yang kukuh untuk beliau menjalankan tugas. Beliau memuji Fr Lawrence kerana membina Gereja dan jemaat sehingga mencapai kedudukannya pada hari beliau mengambil alih tugas sebagai rektor, dan beliau sendiri turut “menambah sedikit”.

Beliau menghargai nasihat baik Fr Lawrence dan ruang yang diberikan kepada beliau untuk melaksanakan pelayanan beliau sebagai rektor.

Fr Felix turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga beliau di atas kasih sayang dan sokongan mereka yang konsisten, terutamanya ibu bapa beliau, Simon dan Marian Au.

Beliau menggesa semua orang untuk menjadi “garam bumi dan cahaya dunia”.

Beliau berharap jemaat akan mengingati beliau dalam doa mereka.

Menurutnya, hadiah terbaik adalah doa agar Allah membentuk beliau untuk menjadi seorang paderi yang baik bagi jemaatNya.

Meraikan ulang tahun kepaderian ke-16 penentangan Fr Felix Au (kiri ke-empat) dan ulang tahun kepaderian ke-25 Fr Patrick Heng (ke-2 kanan). Uskup Agung Emeritus Peter Chung berada di (hujung kanan). (Foto: Dominic Bong)

Fr Felix dan Fr Patrick akan meraikan ulang tahun kepaderian mereka hanya beberapa hari dari sekarang. Fr Felix ditahbis pada 23 Februari 2004, dan Fr Patrick Heng pada 18 Februari 1995. 

Mereka masing-masing dihadiahkan dengan kek untuk menandakan ulang tahun pentahbisan mereka yang ke-16 dan ke-25.

Dalam ucapan beliau yang ringkas, Fr Patrick menyuarakan kepercayaan beliau kepada rancangan Allah. Mengambil kira sejarahnya, beliau rasa selesa untuk berpindah dari Gereja Holy Trinity (HTC) ke Gereja Blessed Sacrament kerana beliau menganggap Gereja Blessed Sacrament sebagai paroki yang berasal dari Gereja Holy Trinity. 

Fr Lawrence menjadi rektor HTC sebelum beliau dipindahkan ke BSC pada 2003.

Sebagai jawapan kepada seruan Uskup Agung Emeritus Peter Chung sebelum ini agar beliau fasih dalam bahasa Cina, Fr Patrick menggesa jemaat untuk berdoa bagi lebih banyak panggilan kepaderian, terutamanya untuk melayani jemaat yang bercakap dalam bahasa Cina. 

Beliau memohon doa untuk Fr Felix, dan meminta Bonda Maria menjadi perantara bagi semua kita.

Majlis Pastoral Paroki BSC serta pelbagai ministri dan organisasi awam mempersembahkan acara hiburan yang menyumbang kepada malam yang tidak dapat dilupakan.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: BSC bids farewell to Fr Felix Au as he goes on study leave

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.