Paroki Blessed Sacrament sambut Fr Patrick Heng

0
Uskup Agung Simon Poh memperkenalkan rektor baharu BSC, Fr Patrick Heng kepada jemaat. (Foto: Peter Chai)

By Ivy Chai

KUCHING — Ratusan jemaat menghadiri Misa Senja Sabtu di Gereja Blessed Sacrament (BSC) pada 22 Februari lalu untuk menyaksikan perasmian rektor baharunya, dan untuk menyambut beliau. 

Fr Patrick Heng dilantik secara rasmi untuk menjadi rektor ketiga BSC, bagi menggantikan tempat Fr Felix Au, yang akan melanjutkan pengajian. 

Fr Lawrence Chua menjadi rektor pertama pada 2003.

Uskup Agung Kuching Simon Poh memimpin Misa, dan di acara perasmian menyerahkan Majlis Pastoral Paroki kepada Fr Patrick, sambil mengingatkannya untuk “sentiasa menjadi seorang bapa yang penyayang, seorang gembala yang lemah lembut dan seorang guru yang bijaksana bagi jemaat anda supaya anda dapat memimpin mereka kepada Kristus, yang akan menguatkan segala yang anda lakukan”.

Selepas membaca ikrar kesetiaan, Fr Patrick diperkenalkan kepada jemaat sebagai gembala baharu mereka.

Uskup Simon juga mengucapkan terima kasih kepada Simon dan Marion Au kerana menyerahkan anak-anak mereka, Fr Felix dan adik beliau, Fr David Au, kepada Tuhan. Beliau meminta semua berdoa untuk lebih banyak panggilan kepada kepaderian.

Dalam ucapan perpisahan beliau yang ringkas, Fr Felix mengucapkan terima kasih kepada Uskup Agung kerana merayakan Misa, dan jemaat di atas segala sokongan mereka.

Beliau mengakui beliau “banyak berkembang” dalam tempoh tiga tahun di BSC dan beliau kini seorang “insan yang sudah berubah” menerusi perjalanan iman beliau, kerana ketua-ketua di paroki itu telah berkhidmat dengan gembira dan murah hati, yang telah mendorong beliau untuk meningkat dan menjadi pastor yang lebih baik.

Beliau meminta agar jemaat memberikan sokongan mereka kepada Fr Patrick supaya beliau dapat menjalankan kerja Allah.

Fr Felix Au (L) menyerahkan tanggungjawab kepada Fr Patrick Heng (R), dengan kehadiran Uskup Agung Simon Poh. (Foto: Peter Chai)

Fr Felix kemudian menyerahkan kewajipan dan tanggungjawab seorang rektor kepada Fr Patrick selepas beliau menandatangani dokumen pengakuan.

Ketika beliau menerima jawatan sebagai rektor BSC, Fr Patrick mengucapkan terma kasih kepada Uskup Agung Simon di atas kepercayaan dan keyakinan beliau, selain mengucapkan terima kasih juga kepada Fr Felix dan Fr Lawrence kerana membina BSC sehingga ia menjadi seperti sekarang. Beliau menjemput jemaat untuk sama-sama membantu beliau membangunkan lagi paroki itu, dan berdoa bersama beliau.

Fr Patrick menjadi rektor Gereja Holy Trinity selama tujuh tahun sebelum beliau dipindahkan ke BSC.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Blessed Sacrament Parish extends warm welcome to new rector

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.