Perasmian Rektor Baharu Gereja Holy Trinity

0
Fr Joseph Liew membaca janji perkhidmatannya dan perasmian sebagai Rektor Gereja Holy Trinity. (Foto: Vernon Chew)

Oleh Alan Chen

KUCHING – Perasmian rektor baharu Gereja Holy Trinity telah diadakan sewaktu Misa Ahad Pertama pada 9 Februari lalu.

Ia dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh bersama Father Patrick Heng dan rektor yang baharu Father Joseph Liew.

Acara termasuk ikrar Father Joseph untuk memberikan khidmat yang berterusan kepada jemaat Allah, dan penyerahan tanggungjawab secara rasmi daripada Fr Patrick.

Dalam ucapan perpisahannya, Fr Patrick mengucapkan terima kasih kepada jemaat paroki di atas sokongan, galakan, kasih dan keprihatinan mereka selama tujuh tahun beliau berkhidmat sebagai rektor Gereja Holy Trinity.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Majlis Pastoral Paroki, baik ahli-ahli lama mahupun sekarang, yang telah menjayakan projek untuk jemaat, dan beliau berharap mereka akan memberikan sokongan yang sama kepada rektor baharu dan terus memberikan komitmen kepada Kristus.

Fr Patrick turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada jemaat paroki yang menjaga beliau dengan pelbagai cara ketika beliau menjalani rawatan perubatan.

Sebagai rektor baharu, Fr Joseph mengucapkan terima kasih kepada Fr Patrick di atas khidmat beliau selama bertahun-tahun serta penambahbaikan yang beliau buat kepada gereja berkenaan, dan beliau berjanji untuk berusaha sedaya upaya dan terus melayani jemaat di sana dengan rendah hati.

Jemaat paroki itu mengalu-alukan Fr Joseph ke Gereja Holy Trinity dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menerima tanggungjawab sebagai rektor paroki baharu mereka.

(Terjemahan) 


Berita dalam Bahasa Inggeris: Fr Joseph Liew installed as new rector of Holy Trinity Church

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.