Satu inisiatif di Kolumbarium St Peter untuk orang tersayang yang sudah meninggal dunia

0
Altar di Kolumbarium St Peter. (Foto: Sumbangan)

KUCHING Selama beberapa fasa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita, Kolumbarium St Peter (SPCo) di Kuching telah menerima banyak permintaan agar lilin dinyalakan bagi pihak mereka di kolumbarium untuk orang tersayang yang sudah meninggal dunia.

Ia boleh difahami jika mereka yang kerap mengunjungi kolumbarium akan rasa sedih kerana tidak dapat hadir secara fizikal di sana pada waktu pandemik COVID-19 sekarang, kerana SPCo terpaksa ditutup buat sementara waktu. Maka itu, kita menyedari kepentingan menyediakan khidmat menyala lilin ini untuk saudara-saudari kita yang sudah meninggal dunia bagi pihak keluarga mereka. Ia adalah harapan kami yang ikhlas agar khidmat yang kecil ini dapat memberikan ketenangan dan kedamaian di dalam hati mereka. 

Kolumbarium St Peter. (Foto: Sumbangan)

SPCo juga menerima permintaan dari orang yang duduk di luar negara, untuk menyalakan lilin bagi orang tersayang yang sudah meninggal dunia tetapi tidak disemadikan di SPCo. Untuk menampung keperluan bagi permintaan yang khusus ini, sebuah kawasan di hadapan altar di dalam kolumbarium juga sudah didekasikan kepada orang tersayang yang sudah meninggal dunia ini, dan juga kepada mangsa yang tewas kepada pandemik COVID-19.

Khidmat eksklusif ini memberikan kepada orang di seluruh dunia peluang untuk menyalakan lilin votif—simbol bagi doa dan peringatan—untuk orang tersayang yang sudah meninggal dunia, terutamanya apabila mereka tidak melawat mereka secara fizikal di tempat persemadian terakhir mereka.

Kita harap menerusi khidmat ini, kita dapat membantu keluarga dan rakan untuk mendekatkan orang tersayang yang sudah meninggal dunia di hati mereka pada waktu pandemik COVID-19 yang tidak menentu sekarang.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah:

Sumbangan (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: An Initiative at St Peter’s Columbarium for our Dearly Departed

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.