Perkumpulan Wanita Zon Sematan sertai Sesi Perkongsian Prapaska oleh Sister Susan Dulang

Oleh Milis Ambun

LUNDU — Pelayanan Perkumpulan Wanita atau ‘Ladies Guild’ (LG) Zon Sematan di sini telah menganjurkan Sesi Perkongsian Prapaska yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Sister Susan Dulang, SSFS pada 3 Mac lepas di Gereja Santo Timotius, Sebiris.

Ia dihadiri lebih kurang 100 orang yang kebanyakannya adalah ahli-ahli LG dan beberapa umat lain dari Komuniti Gereja Kampung lain dalam zon yang sama.

Input Rohani terbahagi kepada dua sesi, dengan sesi pertama mengenai perjalanan menuju Paska berdasarkan petikan Matius 4:1-11, dan sesi kedua mengenai pengertian 40 hari sebagai tempoh pembaharuan diri.

Program tersebut diakhiri dengan jamuan ringan yang dibawa dan dikongsikan bersama oleh umat yang hadir.

Ia jelas mendapat maklum balas yang baik baik daripada hadirin dengan harapan agar program sebegitu dapat dianjurkan lagi pada masa depan demi pemantapan iman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.