Pelantikan katekis mengikut Surat Apostolik ‘Antiquum Ministerium’

Katekis sepenuh masa di Keuskupan Agung Kuching bersama Uskup Agung Simon Poh (barisan belakang, empat kiri), paderi paroki, paderi dan diakon (barisan belakang). (Gambar: St Ann Media)

Oleh Ivy Chai

KOTA PADAWAN — Pada 8 Ogos lalu, Paroki St Ann mengadakan rekoleksi bagi para katekis sepenuh masa, diikuti dengan pelantikan para katekis mengikut Surat Apostolik Paus Francis ‘Antiquum Ministerium’ yang dikeluarkan pada 2021.

Surat apostolik Paus ‘Antiquum Ministerium’ secara rasmi menginstitusikan pelayanan awam katekis, dengan kesedaran tentang peranan asas mereka dalam pendidikan dan penyampaian iman. 

Pada 3 Disember 2021, Vatikan menyusulinya dengan pengumuman Upacara Pelantikan Katekis, untuk membimbing pengiktirafan rasmi pelayanan ini di seluruh dunia.

Sambil menyifatkan pelantikan ini sebagai “acara mercu tanda” kerana ini adalah “pertama kali ia dilakukan di Keuskupan Agung Kuching, mungkin di Malaysia”, kata Uskup Agung Simon Poh, “kita sudah menggunakan model yang sama ini selama lebih 50 tahun, dan kini boleh secara rasmi menginstitusikan pelayanan katetis ini dalam semangat pelayanan purba katekis yang kita baca dalam Perjanjian Baharu”.

Beliau seterusnya berkata, “Surat apostolik itu mengiktiraf peranan purba para katekis pada zaman para rasul, yang menyorot kepentingan mereka yang bersejarah dalam penginjilan dan penyampaian iman. Ia menekankan aspek panggilan bagi pelayanan ini dan menyeru bagi usaha kerjasama antara katekis awam, uskup, dan paderi.”

Turut hadir untuk menyaksikan pelantikan 22 katekis sepenuh masa oleh Uskup Agung Simon Poh adalah para paderi paroki, iaitu Friar Don Don Ramirez OFM dari Gereja St Ann, Fr Peter Liston dari Gereja St Stephen Bau, Fr Lazarus Swinie dari Gereja St Theresa Serian, dan Fr Prince Cornelius dari Gereja St Jude, Bunan Gega.

Latihan katekis sepenuh masa di Keuskupan Agung Kuching

Mengikut jejak para mubaligh Mill Hill pada tahun 1970-an yang melatih para katekis untuk bekerja bersama para paderi dalam pengajaran iman di ratusan perkampungan di seluruh negeri, keuskupan-keuskupan Kuching, Sibu dan Miri telah berkongsi sumber untuk melatih kumpulan katekis terkini bagi Sarawak.

Katekis sepenuh masa yang ada sekarang telah menjalani kursus latihan komprehensif selama tiga tahun, yang mereka selesaikan dengan menghadiri tiga sesi latihan di Miri pada 2020 (10 Februari hingga 29 Mei), 2021 (8 Februari hingga 28 Mei) dan 2022 (4 Februari hingga 21 Mei).

Katekis sepenuh masa:

Holy Spirit, Lundu: Louis Joph, Dominic Keseng, Pearson Epang;

St Stephen, Bau: Joseph Jiham, Luke Lulot, Francis Leheir, Herbert Kateen

Sacred Heart, Kota Sentosa: Sr Susan Dulang

St Ann, Kota Padawan: Stephen Jawun, Joseph Juni, Lawrence Jarim, Diana Gaya, Lawrence Ajak

St Theresa, Serian: Damian Nylut, Edward Nyaingki, Royston Mu’at, David Gali, Lena Sabang, Nicholas Nyawan

St Jude, Bunan: Benedict Jambi, Gervas Jakan dan

Our Lady Queen of Peace, Simanggang: Grace Amy Simon.

Calon-Calon Katekis: 

St Stephen, Bau: Chris Wagner

St Ann, Kota Padawan: Johny Keegan

St Theresa, Serian: Vincent Jude, Yvonne Joshua

Terdapat lapan katekis yang sudah lama berbakti dalam kalangan mereka yang telah bertugas selama 30-35 tahun. Mereka menerima latihan awal di Sibu (1993-1994); Pusat St Lukas (1995-1996); Sibu/Miri (2003-2005); Pusat Pembentukan Awam, Kuching (2006-2008); dan Gereja Mater Dei, Lutong (2016-2018).

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Landmark event: Installation of Catechists according to Pope Francis’ 2021 Apostolic Letter ‘Antiquum Ministerium’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.