Bukan jualan biasa: Belia kukuh iman dan kasih di Mount Hosanna

Gambar kumpulan sempena Program Jualan Amal Belia Mt Hosanna. Program ini dianjurkan untuk mengumpul dana bagi aktiviti kebajikan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Kerjasama dan komitmen anda amat dihargai.

Oleh Peter Tan

SRI AMAN — Ketenangan di kawasan Gereja Mount Hosanna di sini berubah menjadi pusat aktiviti dan persaudaraan yang meriah pada 30 dan 31 Ogos 2025, dengan panganjuran Program Jualan Belia. 

Program yang dianjurkan oleh belia ini mencapai kejayaan yang membanggakan. Ia bukan sahaja telah mempamerkan semangat keusahawanan, tetapi yang lebih penting, ia telah memperlihat kesungguhan yang amat mendalam terhadap khidmat dan kerja-kerja komuniti.

Walaupun hari kedua lebih tenang berbanding kemeriahan pada hari pertama, semangat dan dedikasi para peserta tidak pernah luntur. 

Semangat berkobar-kobar mereka menyala terang untuk memastikan kejayaan program, dan ini mencerminkan sikap “yakin boleh” yang telah menginspirasi semua yang hadir.

Inisiatif hebat ini merupakan hasil kerjasama erat, yang hanya dicapai melalui komitmen tidak berbelah bahagi dan kerjasama rapat kumpulan belia dari paroki Sri Aman. 

Ribuan terima kasih ditujukan kepada pasukan dari Gereja Our Lady Queen of Peace (OLQP), Sri Aman; Gereja Holy Family (HFC), Betong; Gereja St Ignatius Church (SIC), Saratok; dan Marian Guild HFC Betong.

Ucapan terima kasih khas juga ditujukan kepada pasukan berpengalaman dari Kuching yang sentiasa sanggup berkongsi kepakaran dan sokongan mereka dalam menganjurkan jualan untuk mana-mana paroki yang memerlukan. 

Bimbingan mereka sangat berharga.

Program ini bukan sekadar untuk mengutip dana, sebalikmya ia merupakan pengalaman perpaduan yang mendalam dan mengesankan. 

Ia menjadi bukti indah akan kekuatan iman komuniti belia Katolik, membuktikan bahawa apabila mereka bersatu, mereka mampu mencipta sesuatu yang benar-benar bermakna dan luar biasa.

Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat – para penganjur, sukarelawan, penyokong, dan umat yang dikasihi. 

Semoga program ini terus menjadi wadah bagi para belia untuk menabur benih khidmat dan kemurahan hati dalam diri di dalam melaksanakan misi iman sejagat.


Berita dalam Bahasa Inggeris: More Than a Sale: Youth Forge Bonds of Service at Mount Hosanna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.