Galeri Sejarah Keuskupan Agung Kuching

KUCHING — Ditubuhkan pada tahun 2016, Galeri Sejarah Keuskupan Agung Katolik Kuching merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia mengandungi kenangan penting umat Katolik di keuskupan agung ini. 

Lebih daripada itu, ia menonjolkan karya Roh Kudus melalui individu, komuniti dan peristiwa yang direkodkan dalam sejarah pertumbuhan Gereja setempat sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini.

Sejak dibuka, Galeri Sejarah telah menerima kunjungan para pelawat dan penziarah dari dalam dan luar negara. 

Ia merupakan sebuah permata yang wajar dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak hingga ibu bapa, daripada pelajar sekolah hingga golongan bekerja, daripada penganut hingga bukan penganut.

Galeri Sejarah terletak di Tingkat 1, Bangunan ACCPC (bersebelahan dengan Katedral St Joseph), Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching.

Untuk lawatan berpandu/tempahan, hubungi: 016-8630333.

Waktu operasi galeri: 

Isnin – Jumaat, 9:00 pagi-12:00 tengah hari; 2:00 petang-5:00 petang.

Sabtu, 9:00 pagi – 12:00 tengah hari. DITUTUP pada AHAD, CUTI UMUM & HARI SUCI WAJIB.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Archdiocese of Kuching History Gallery

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.