Oleh Ivy Chai
KUCHING — Keuskupan Agung Kuching mengalu-alukan kedatangan Fr Delphin Kahemba Ndungu, SDB yang tiba di Kuching pada 17 Julai lalu.
Beliau kini berkhidmat sebagai paderi pembantu di Gereja Holy Trinity, Kenyalang. Fr Delphin adalah anak sulung daripada sembilan adik-beradik dalam sebuah keluarga Katolik dari bahagian selatan Republik Demokratik Congo (DRC).
Beliau memulakan sekolah menengah di seminari kecil dan memulakan perjalanan hidupnya bersama kongregasi Salesian pada 2006. Beliau sudah menjadi seorang paderi Salesian Don Bosco sejak 2010.
Beliau pernah berkhidmat sebagai misionari di Provinsi ‘Mary Help of Christians’ (CIN), tinggal di Hong Kong untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, serta bekerja dengan Salesian Cooperators bagi belia bermasalah di Asia Tenggara.
Beliau pergi ke Taiwan untuk mempelajari bahasa Mandarin (Sekolah Teknik Salesian dan Boys’ Town di Pingtong) sebagai persiapan bagi tugasnya bersama MLC serta pengajian teologi dalam bahasa Mandarin di Fakulti Teologi St Robert Bellarmine, Universiti Fu Jen di Taipei.
Beliau ditahbiskan sebagai diakon pada 2021 dan sebagai paderi pada 2022.
PENDIDIKAN
• Ijazah Sarjana (2023), Universiti Providence (Taichung, Taiwan)
• Ijazah Sarjana Muda Teologi (2018-2021) Universiti Fu Jen (Taipei, Taiwan)
• Ijazah Sarjana Muda Falsafah (2010-2013) Kolej Falsafah St John Bosco (Lubumbashi)
PENGALAMAN
• Bekerja dengan kanak-kanak jalanan dan belia bermasalah
• Oratori (Congo, Hong Kong dan Taiwan)
• Mengajar (Congo)
• Pastoral belia paroki (Kem Belia)
• Pastoral universiti (Universiti Providence, Taiwan)
• Mengendalikan retreat dan recollection
KEMAHIRAN
• Pengiringan belia
• Fotografi
• Penyuntingan video
• Membuat teh
• Memasak
• Sukan (bola sepak, bola keranjang, bola tampar, pingpong, badminton…)
BAHASA
• Perancis
• Inggeris
• Mandarin
• Swahili
• Lingala
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy Trinity Church gets new missionary priest from Congo











































