Kem Cuti Kanak-kanak Sekolah Minggu Paroki St Theresa

Para peserta kem bergambar bersama.

Oleh Walter Angan  

PICHIN, SERIAN — Dari 12 hingga 14 September yang lepas, Jawatankuasa Sekolah Hari Minggu Peringkat Kampung (JSSPK) Paroki St Theresa, Serian, telah menganjurkan Kem Kanak-kanak dengan tema di di sini. 

Seramai 150 orang kanak-kanak Sekolah Hari Minggu dari sekitar Paroki St Theresa menyertai kem tersebut. Kem dimulakan dengan Misa Kudus dirayakan oleh Father Lazarus Swinie. 

Sesi pertama kem telah dikongsikan oleh Sister Rowena yang bertajuk ‘Kasih Tuhan’. Sister Rowena menerangkan kepada peserta tentang betapa Tuhan sangat mengasihi mereka melalui contoh-contoh yang nyata dalam kehidupan seharian mereka. Pada sebelah malamnya, belia dari Kampung Pichin membimbing para peserta melalui doa Taize.

Hari kedua dimulakan dengan doa dan rosari yang dipimpin oleh peserta sendiri. Sesi perkongsian kedua diteruskan oleh Katekis Lina Sabang, dengan tajuk ‘Tuhan Memberi Ibu Maria’. Perkongsian ketiga disampaikan oleh Katekis Edward Nyangki, dengan tajuk ‘Tuhan Mengasihi’. Pada sebelah petang, peserta menyambut dan memberi penghormatan kepada Salib Malaysia. Setelah selesai dengan penghormatan Salib Malaysia, Father Lazarus meneruskan perkongsian mengenai Ekaristi dan Misa. 

Pada lewat petang, peserta mengadakan sukaneka dan persiapan bagi malam persembahan. Pada sebelah malam, peserta mempamerkan bakat masing-masing melalui persembahan yang dibuat secara berkumpulan.

Pada hari terakhir, sesi renungan telah dijalankan bersama semua peserta. Ramai peserta menzahirkan perasaan teruja dan gembira dengan kem yang dijalankan pada tahun ini. Rata-rata mereka menyatakan bahawa ianya adalah satu cara bagi mereka untuk bertemu dengan rakan-rakan dari kampung lain dan seterusnya mendekatkan diri dengan aktiviti kerohanian. 

Kem diakhiri dengan Misa penutupan yang dirayakan bersama Father Lazarus.Sebagai pesanan, Father Lazarus ingin melihat semua anak Sekolah Hari Minggu aktif melayani gereja sejajar dengan konsep sinodaliti. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.