Oleh Janet Brodie
KUCHING — Ladies Guild Paroki St Joseph telah mengadakan Rekoleksi Musim Lent di Pusat Retreat dan Latihan Union YES, Lundu, pada 22-23 Mac 2025.
Nota persediaan mendalam Fr Patrick Heng tertumpu pada Nabi Yehezkiel, Suara Harapan, bagi Ceramah Pertama.
Seramai 48 peserta berdaftar menonton slaid kartun mengenai penglihatan Yehezkiel yang memukau tentang kemuliaan Tuhan, pembuangan Israel, ketidaksetiaan mereka, penghakiman Tuhan dan belas kasihan Tuhan, dan keinginan agar umat itu kembali kepada-Nya.
Dalam Ceramah Kedua, Fr Patrick mengaitkan kisah Yehezkiel dalam Perjanjian Lama dengan suara harapan pada hari ini, bahawa Yesus adalah penggenapan semua harapan kita.
Di dalam Kristus dan melalui Roh Kudus, kita mesti menjadi suara harapan pada hari ini semasa kita mengembara sebagai penziarah harapan dalam dunia bermasalah pada hari ini.
Program ini termasuk masa bagi renungan serta sesi soal jawab selain masa bagi pengakuan dosa yang diberikan oleh Fr Patrick sebelum Misa Pagi Ahad.
Semua mengambil bahagian secara aktif dalam memimpin doa Rosari serta doa Jalan Salib dan menyanyikan lagu pujian.
Aktiviti lain termasuk permainan menyeronokkan dan tarian ‘line dance’ sebelum para peserta mendaftar keluar dari pusat peranginan berkenaan pada jam 12:30 tengah hari.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: St Joseph’s Parish Ladies Guild Lenten Recollection 2025