Oleh David Marshall
SRI AMAN — Pada 3 Ogos lalu, satu program yang penuh bermakna telah berlangsung di Gereja Our Lady Queen of Peace, Sri Aman, Paroki Simanggang.
Dengan penuh sukacita, Fr Henry Jimbey menyempurnakan Pelancaran Sambutan Bulan Kateketikal dan Upacara Pengutusan serta Pembaharuan Ikrar Komitmen Guru Agama dalam satu acara yang istimewa dan penuh berkat.
Acara dimulakan dengan Pelancaran Sambutan Bulan Kateketikal, yang mengusung tema “Philippians 2:4 – ‘We can make the world a better place’” (Filipi 2:4 – ‘Kita dapat menjadikan dunia tempat yang lebih baik’).
Tema ini menekankan pentingnya peranan setiap individu dalam memperbaiki dunia melalui iman dan kasih sayang.
Dalam ucapannya, Fr Henry mengingatkan seluruh umat bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembentukan iman dan pertumbuhan rohani anak-anak, terutamanya melalui hubungan kekeluargaan yang penuh kasih dan pengertian.
Setelah pelancaran Bulan Kateketikal, acara diteruskan dengan Upacara Pengutusan dan Pembaharuan Ikrar Komitmen oleh seramai 10 orang guru agama yang berikrar untuk terus memberikan dedikasi dan bakti mereka dengan mendidik dan membimbing anak-anak dalam perjalanan rohani mereka.
Ikrar ini disaksikan dengan penuh syukur oleh Fr Henry dan jemaat yang hadir.
Fr Henry juga mengingatkan kita bahawa misi kateketikal ini bukan hanya sekadar kewajiban, tetapi merupakan panggilan suci untuk memperkasakan iman umat, serta menjadi contoh dalam hidup beriman.
Bulan Kateketikal adalah masa untuk merenungkan kembali komitmen kita dalam misi pendidikan agama, serta merayakan dan memperbaharui panggilan kita sebagai Komuniti Beriman.
Acara ini dimeriahkan dengan pemotongan reben poster ‘fishtail’, yang disempurnakan bersama oleh pengerusi gereja, Colin Robert Lanuk; penyelaras guru agama, Agatha Samui; dan Fr Henry, sebagai simbol pelancaran Bulan Kateketikal dan Pembaharuan Komitmen Guru Agama bagi tahun ini.
Semua yang turut serta dalam acara ini merasa terdorong oleh semangat dedikasi yang ditunjukkan oleh semua pihak.
Semoga semangat ini terus menyala dalam hati kita semua selain menggerakkan kita untuk terus berkembang dalam iman dan memberikan sumbangan yang bermakna dalam pembentukan generasi yang penuh kasih dan takut akan Tuhan.







,团长(右三),以及小军友们。(图:刘谊恒(Moses)-218x150.png)



































