Oleh Paroki St Peter
KUCHING — Pada 15 Ogos lalu, Gereja St Peter telah meraikan Pesta Kenaikan Maria ke Syurga dengan satu perayaan bersejarah: upacara pemberkatan shrine baharu Maria Dikandung Tanpa Noda Dosa.
Selepas Misa Kudus, umat paroki yang diketuai oleh Rektor, Fr Vincent Chin, menyertai perarakan dengan penuh sukacita menuju ke shrine baharu yang terletak di pintu masuk gereja untuk upacara pemberkatan.
Shrine ini dibina sebagai penghargaan terhadap iman dan kemurahan hati semua yang telah menyumbang kepada penyiapan bangunan baharu Gereja St Peter.
Patung Maria Dikandung Tanpa Noda Dosa yang berdiri dengan tangan terhulur melambangkan sikap Bonda yang mengalu-alukan dan kasih sayang Bonda kepada semua yang datang untuk berdoa.
Pada sambutan tersebut, Fr Chin mengingatkan jemaat tentang makna sebenar Maria Dikandung Tanpa Noda Dosa.
Sejak saat dikandung, Maria telah dipelihara daripada dosa asal dan dipilih untuk menjadi bejana yang murni bagi Kristus.
Fr Chin turut menyeru para pengunjung agar menghormati kawasan shrine dengan tidak membuang duit syiling ke dalam kolam atau memberi makanan kepada ikan koi yang akan ditempatkan di situ tidak lama lagi.
Beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain di tepi kolam demi keselamatan.
Malam itu diakhiri dengan doa rosari di shrine berkenaan, dan kemudiannya jemaat diserikan dengan persembahan bunga api yang mengejutkan – menjadikan sambutan ini penuh sukacita dan kesyukuran.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Blessing of new Shrine of Our Lady of Immaculate Conception at St Peter’s Church