Perayaan Gawai Paroki St Stephen Bau 2025

Misa Kudus sempena Hari Gawai di Gereja Katolik St Mark, Kampung Stass. (Gambar: CYM Zone Jagoi Bau)

Oleh Christie Melly

BAU (21 Jun 2025)  — Misa Kudus dan Majlis Jamuan sempena sambutan Hari Gawai telah berlangsung dengan meriah di Gereja Katolik St Mark, Kampung Stass. 

Program anjuran Komiti Gereja Kampung (KGK) Zon Jagoi ini dimulakan dengan Misa Kudus yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 umat Katolik dari pelbagai kampung sekitar Paroki St Stephen.

Misa tersebut dipimpin oleh Fr Augustine Jepy, bersama Fr Paul Herry dan Rektor Paroki, Fr Peter Liston. 

Jemaat hadir dengan mengenakan pakaian tradisional masing-masing, sekali gus menyerlahkan kepelbagaian budaya Dayak dalam suasana rohani yang penuh kesyukuran.

Sejurus selepas Misa, semua tetamu jemputan bersama para paderi, rohaniwati dan jemaat dijemput menghadiri majlis jamuan yang diadakan sebagai tanda kesyukuran serta bagi mengeratkan tali persaudaraan. 

Pelbagai hidangan tradisional disajikan, yang mencerminkan kekayaan budaya serta nilai kebersamaan dalam komuniti.

Perayaan ini menjadi wadah untuk memuliakan Tuhan atas segala berkat-Nya, di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan umat. 

Program sebegini wajar diteruskan demi memupuk perpaduan dan semangat kekeluargaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.