Oleh Margaret Chan Kit Yok
KUCHING — Buat kali ketiga, rosari dihidupkan pada 5 Oktober lalu dengan mendaraskan Peristiwa-Peristiwa Mulia, satu tradisi oleh Sekolah Minggu Bahasa Inggeris Holy Trinity yang dimulakan pada Oktober 2023 bagi memperingati Bulan Rosari Oktober.
Ibu bapa dan keluarga berhimpun menjadikan rosari itu lebih visual dan interaktif di Dewan Good Shepherd.
Formasi rosari hidup itu terdiri daripada para guru dan pelajar, masing-masing mewakili sebutir manik dan memimpin satu doa rosari mengikut kedudukan mereka dalam rosari tersebut.
Rektor, Fr Eugeno Gocela Maglasang SDB, memulakan acara dengan menyampaikan ucapan mengenai persekutuan dalam merenungkan doa rosari.
Apabila dewan digelapkan, setiap doa dimulakan dengan penyalaan lilin daripada Lilin Paska kecil sehingga seluruh rosari diterangi oleh rangkaian cahaya lilin, dan diakhiri dengan Nyanyian Maria.
Acara diteruskan dengan penyampaian Sijil Penguatan kepada sembilan orang calon penguatan yang telah melalui upacara tersebut yang disempurnakan oleh Yang Mulia Uskup Agung Simon Poh dalam Misa Senja pada 4 Oktober lalu.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy Trinity Church: Live Rosary recitation










































