Takhta Suci: Kebebasan beragama dicabul di satu pertiga dunia

Oleh Lisa Zengarini

KOTA VATIKAN — Hak asasi manusia, termasuk kebebasan fikiran, hati nurani dan agama, terus dicabul pada skala yang amat membimbangkan di seluruh dunia, kata Pemerhati Tetap Takhta Suci ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Organisasi Antarabangsa Lain di Geneva.

Diskriminasi dan penindasan orang beriman semakin meningkat

Bercakap di Sesi Ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia, yang bermula pada 26 Februari lalu, Uskup Agung Ettore Balestrero menyatakan diskriminasi dan penindasan orang beriman semakin meningkat di seluruh dunia.

Beliau memetik data daripada yayasan kepausan, Aid to the Church in Need, yang menunjukkan bahawa kebebasan beragama dicabul di hampir satu pertiga negara-negara di dunia, yang menjejaskan kira-kira 4.9 manusia.

Bekas Nunsio Republik Demokratik Congo (RDC) itu turut meratapi hakikat bahawa di beberapa buah negara Barat, ā€œdiskriminasi agama dan penapisan sedang dijalankan di bawah penyamaran ā€˜toleransi dan keinklusifanā€™ā€.

ā€œUndang-undang yang pada asalnya bertujuan untuk memerangi ā€˜ucapan kebencian’ sering diperalatkan untik mencabar hak kepada kebebasan fikiran, hati nurani dan agama, yang menjurus kepada penapisan dan ā€˜ucapan dipaksa’.ā€

Kerjasama antarabangsa untuk melindungi martabat manusia

Mengenai topik umum di sesi itu, Uskup Agung Ballestrero menggariskan bahawa dalam usaha menjalin kerjasama antarabangsa ā€œyang lebih berkesanā€, seperti yang dituntut oleh Pope Francis untuk menangani cabaran semasa dalam dunia multipolar, ā€œterutamanya untuk mengukuhkan sikap menghormati hak manusia yang paling asasā€, fokus mesti terus diberikan kepada martabat manusia yang menjadi landasan bagi keamanan, seperti yang dinyatakan pada tahun 1948 oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Untuk menambah baik diplomasi pelbagai hala, katanya, ia adalah penting ā€œuntuk menegakkan nilai yang berakar dalam martabat manusiaā€. Ini pula memerlukan usaha ā€œmembina semula visi bersama bagi sifat kita yang semula jadiā€.

ā€œKita tidak dapat memisahkan apa yang bagus daripada apa yang benar dan berakar umbi dengan mendalam dalam sifat manusia.ā€

AI dan pelindungan hak asasi manusia

Martabat manusia, kata Pemerhati Vatikan itu, mesti menjadi prinsip yang menjadi panduan dalam pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

ā€œKemajuan dalam bidang ini harus menghormati hak asasi manusia dan patut melayan, bukan bersaing dengan, potensi kita sebagai manusia,ā€ katanya.

ā€œPembangunan kecerdasan buatan boleh dianggap berjaya hanya jikalau kita bertindak dengan penuh bertanggungjawab dan menegakkan nilai-nilai asasi manusia.ā€

ā€œMenghormati martabat manusia menuntut kita menolak sebarang cubaan bagi mengurangkan keunikan manusia untuk dikenali atau dikurangkan kepada algoritma atau kepada set data, dan tidak membiarkan sistem canggih untuk secara autonomi menentukan nasib manusia.ā€

Uskup Agung Ballestrero seterusnya menyatakan bahawa banyak cabaran yang kita hadapi pada hari ini berpunca daripada ā€œsikap tidak menghormati martabat manusia dan kegagalan untuk mengenali kesalinghubungan kitaā€.

ā€œHak-hak baruā€ ancam martabat manusia dan persaudaraan

Beliau mengimbau cubaan untuk memperkenalkan apa yang dipanggil ā€œhak-hak baharuā€ yang mempersoalkan kesucian setiap nyawa manusia, dan ā€œtidak selalunya konsisten dengan apa yang benar-benar baik bagi manusiaā€.

ā€œHak-hak baharuā€ ini, kata Nunsio itu, telah membawa kepada apa yang disebut oleh Pope Francis sebagai ā€œpenjajahan ideologiā€ yang menjatuhkan martabat manusia, selain persaudaraan manusia, kerana ia mewujudkan ā€œperpecahan di antara budaya, masyarakat dan negara, dan bukannya memupuk perpaduan dan perdamaianā€.

ā€œMasyarakat kita ā€˜mesti terus bangkit di atas landasan pemahaman yang betul tentang persaudaraan dan penghormatan sejagat bagi kesucian setiap nyawa manusia, setiap lelaki dan setiap wanita, orang miskin, warga emas, kanak-kanak, orang sakit, kandungan yang belum dilahirkan, penganggur, mereka yang diabaikan, mereka yang dianggap mudah dibuang kerana sekadar dianggap sebagai sebahagian daripada statistik’.ā€ 

ā€œPersaudaraan sejagat merupakan satu syarat penting untuk merealisasikan hak asasi manusia sepenuhnya dalam dunia pada hari ini,ā€ rumus Pemerhati Vatikan itu. ā€œApabila kita gagal memaklumkan bahawa semua kita saling berhubung, semua kita menderita.ā€

Vatican News (Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Holy See: Religious freedom is violated in one third of the world

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.