Keharmonian agama: dasar bagi kemakmuran dan pembangunan negara
Sebagai bantahan tambahan kepada kegagalan kerajaan pada hari ini untuk bertindak, semakin banyak majlis lain yang mewakili komuniti pelbagai agama di negara ini telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan tidak sensitif mengenai Al-Kitab oleh Ahli Parlimen (MP) PAS Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh di Sidang Parlimen tidak lama yang lalu.
Komuniti Neokatekumen meraikan ulang tahun ke-40
Komuniti neokatekumen pertama ditubuhkan pada 7 September 1980 di paroki Katedral Hati Kudus (SHC) ketika mendiang Paderi Tobias Chi menjadi Rektor.
Uskup-uskup Malaysia derma hampir RM300,000 kepada Lubnan
Persidangan Uskup-uskup Katolik Malaysia menderma sebanyak RM275,078.91 untuk membantu dalam usaha pemulihan ekoran letupan besar-besaran yang berlaku di ibu negara Beirut pada 4 Ogos lalu.
Gereja Katolik di Sabah ditutup selama dua minggu selepas seorang anggota paroki dijangkiti COVID-19
Gereja Mary Immaculate (CMI) di Bukit Padang di sini telah ditutup sehingga 18 Ogos lepas setelah salah seorang anggota paroki didapati positif COVID-19.
Sama-sama menjaga orang miskin
Dengan menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Chapel Holy Infant Jesus di Sungai Pelek, dalam kolaborasi dengan sekumpulan orang Katolik dari Kuala Lumpur (KL), telah menganjurkan Program Bantuan Makanan pada 1 Ogos lalu.
Komisi Kateketik Malaysia mengadakan mesyuarat tahunan pertama dalam talian di bawah PKP
Mesyuarat Tahunan Komisi Kateketik Malaysia (MCC) yang sepatutnya diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, telah diadakan pada tahun ini menerusi platform dalam talian Cisco Webex pada 11 dan 12 Ogos 2020, dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari.











































