Hari Renungan Bersama fokus kepada pemuridan dan sinodaliti

Uskup Agung Simon Poh menyampaikan kit kempen PROTEC 2.0 kepada Fr Lazarus Swinnie. (Gambar: Media St Ann)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Keuskupan Agung Kuching telah mengadakan Hari Renungan Bersama pada 1 September lalu di Dewan Utama ACCPC, yang dihadiri oleh lebih 600 orang paderi, religius dan umat awam daripada Keuskupan Agung ini.

Para perwakilan menyanyikan lagu ‘Pilgrims of Hope’ dalam Doa Pembukaan, diikuti dengan muzik taizé dan lagu ‘Jesus Keep Me Near the Cross’ semasa Penghormatan Salib. Suasana ini menentukan nada bagi renungan rohani yang mendalam.

Selepas doa syafaat dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan Mandarin, Kempen PROTEC 2.0 telah dilancarkan oleh Uskup Agung Simon Poh dengan melancarkan sepanduk kempen dan menyerahkan poster kempen lima tahun REGENERATE! kepada rektor-rektor paroki.

‘Mendengar & Menanggapi sebagai Murid-Murid Tuhan’

Dalam ceramah beliau bertajuk ‘Mendengar dan Menanggapi sebagai Murid-Murid Tuhan’, Uskup Agung Simon menekankan tentang pemuridan dan Firman Tuhan yang hidup.

Beliau menegaskan kepentingan meluangkan masa bersama Yesus, membaca Injil, mendengar sabda Yesus dengan hati kita dan seterusnya menanggapi melalui proses perbualan rohani.

Siapakah seorang Murid? Apakah itu Pemuridan?

Seorang murid adalah seseorang yang secara peribadi sudah mengenali Yesus secara peribadi dan percaya bahawa Yesus adalah Tuhan yang Bangkit. Seorang murid itu ada hasrat, aktif dan komited kepada proses belajar seumur hidup daripada Yesus.

Dalam konteks paroki, pemuridan merujuk kepada murid yang berusaha untuk memberikan kemuliaan dan penghormatan kepada Yesus, Tuhan dan Guru kita, tanpa mencari kemuliaan diri sendiri.

Adakah kita sedang menyaksikan kebangkitan semula umat Katolik? Satu kebangunan rohani?

Golongan muda kini kelihatan sedang mencari tujuan dalam hidup. Merujuk kepada contoh penginjilan atau evangelisasi digital di mana para pempengaruh Kristian di media sosial memainkan peranan menyebarkan iman dan mengubah hati pengikut mereka, Uskup Agung Simon mengajukan kemungkinan bagi kebangkitan iman Katolik.

“Ramai yang tertarik kepada penemuan semula Yesus Kristus sebagai Tuhan peribadi yang telah menderita, wafat, dan masih hadir, sambil menawarkan hubungan serta bimbingan,” kata beliau. 

“Kita bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan sesungguhnya telah memberikan inspirasi dan mengangkat ramai golongan muda yang telah berdiri untuk mempertahankan kepercayaan Katolik dan menarik ramai orang untuk datang, terlibat dan mengenali iman Katolik.”

Uskup Agung Simon turut menyatakan bahawa pemilihan Paus Leo telah menarik perhatian kepada Vatikan dan Gereja Katolik. 

Konsekrasi Gereja St Peter yang baharu telah menarik perhatian dan semangat muhibah kepada Gereja Katolik di Kuching.

Dalam penutup ucapan beliau, Uskup Agung Simon memberitahu para perwakilan bahawa jalan ke hadapan adalah dengan membina Gereja sinodal dan bermisi, “berjalan bersama, mendengar satu sama lain, menanggapi kehendak Tuhan, dengan meneladani Maria, murid yang sempurna”. Beliau mengajukan beberapa soalan untuk renungan:

1. Apakah yang dinyatakan oleh Roh Kudus kepada saya sebagai seorang murid Yesus?

2. Apakah komitmen saya: Masa, Bakat dan Harta – yang boleh saya persembahkan kepada Tuhan dan Gereja-Nya?

3. Acara apakah yang Roh Kudus ingin kita lakukan BERSAMA?

Perjalanan Sinodal Keuskupan Agung Kuching

Dalam ucapan beliau kepada para perwakilan, Fr Patrick Heng, pengerusi Jawatankuasa Kerja Pusat Sinod Keuskupan Agung, memulakannya dengan petikan daripada Paus Leo XIV yang menyatakan bahawa kita adalah “Gereja misionari, Gereja yang membina jambatan dan menggalakkan dialog, Gereja yang sentiasa terbuka untuk menerima … dengan tangan terbuka, semua yang memerlukan ehsan kita, kehadiran kita, kesediaan kita untuk berdialog dan kasih kita”. Fr Patrick menambah bahawa perjalanan sinodal adalah “satu proses berterusan”.

Apakah matlamat Sinodaliti?

Matlamatnya adalah untuk “memberi peluang kepada seluruh Umat Tuhan supaya sama-sama menanggapi cara untuk maju ke hadapan menuju Gereja yang lebih sinodal dalam jangka panjang”.

Fr Patrick mengingatkan hadirin bahawa “ia bukan untuk menghasilkan dokumen, tetapi untuk menanam impian, menyuarakan nubuat dan visi, membiarkan harapan untuk berkembang, mengilhamkan kepercayaan, menyembuhkan luka, menjalinkan hubungan, menbangunkan sinar harapan, belajar daripada satu sama lain dan mencipta daya usaha bersemangat yang akanmencerahkan minda, menghangatkan hati, dan menguatkan tangan kita”.

Beliau mengemukakan soalan-soalan: “Bagaimanakah perjalanan bersama ini membolehkan Gereja mewartakan Injil selaras dengan misi yang diamanahkan kepadanya? Apakah langkah-langkah yang diseru oleh Roh Kudus untuk kita ambil demi berkembang sebagai Gereja sinodal?”

Perjalanan Sinodal adalah Proses Berterusan

Fr Patrick menggariskan Proses Sinod Vatikan (2021-2024) – proses mendengar, berjumpa, berdialog, menanggapi; dan Peta Jalan MPC 2026 – menuju ke arah Gereja Malaysia yang bersatu. 

Matlamatnya adalah untuk Gereja Katolik di Malaysia bersatu sebagai paderi, religius dan umat awam untuk … Merayakan, Mendengar dan Berjalan bersama. Fokus perjalanan sinodal ini adalah pada Keluarga, Gereja, Ekologi dan Masyarakat.

Dengan bantuan infografik, Fr Patrick menelusuri perjalanan sinodal Malaysia – pencapaian setakat ini dan hala tuju ke hadapan. Beliau memaklumkan bahawa perjalanan sinodal Keuskupan Agung sedang berjalan dengan baik. 

Konvensyen Pastoral Malaysia (MPC) 2026 dijadual berlangsung pada 9-13 September 2026 dan kini disahkan akan diadakan di Sibu, Sarawak.

Fr Patrick juga menyentuh tentang Perjalanan SALIB (April 2025 – September 2026) serta sambutan ulang tahun ke-50 Keuskupan Agung Kuching dan Kota Kinabalu, serta Keuskupan Miri.

Para perwakilan diminta untuk merenungkan persoalan: “Apakah satu bidang, fokus, atau perkara untuk dipertimbangkan yang boleh memperluas dan memperdalam perjalanan kita selepas 2026?”

Mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk renungan dan penilaian melalui proses perbualan rohani, dan beberapa kumpulan kemudiannya dijemput berkongsi renungan mereka.

Satu jamuan lewat tengah hari menutup Hari Renungan Bersama Keuskupan Agung Kuching 2025.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Kuching Archdiocese Joint Day of Recollection: Focus on Discipleship and Synodality

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.