
âHendaklah sesiapa bertelinga mendengarkan apa yang dikatakan Roh Kudus kepada jemaat-jemaat.â (Wahyu 2:7)
Oleh Ivy Chai
KUCHING â Keuskupan Agung Kuching mengadakan Hari Rekoleksi Bersama pada 3 September menerusi ZOOM bersama paderi, religius, ahli majlis pastoral paroki, dan ketua awam.
Sementara separuh daripada lebih 300 peserta masuk secara individu, peserta lain berhimpun secara berkumpulan di lokasi mereka untuk menyertai rekoleksi tersebut.
Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada Gereja kita?
Uskup Agung Simon Poh membahagikan input rohani beliau tentang Perhimpunan Pra-Sinod baru-baru ini, Perhimpunan Pastoral Keuskupan Agung (KAPA) Kedua yang akan berlangsung pada 1â2 Oktober, dan Ulang Tahun Ke-50 Persekutuan Persidangan Uskup-Uskup Asia (FABC) yang dijadualkan pada 12â30 Oktober di Bangkok.
âApakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada Gereja kita?â beliau bertanya. âPada hari ini, kita telah mengadakan Rekoleksi atas satu sebab: untuk berdoa, merenung, mendengar satu sama lain dan Roh Kudus.â Dengan melakukan ini, âapa yang kita cadangkan dan rancang mungkin bukan sahaja daripada ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan manusia tetapi sejajar dengan apa yang diinginkan oleh Tuhan Yesus bagi Gereja-Nya, paroki kita dan keluarga kitaâ, jelasnya.
Uskup Agung Simon berkata pandemik telah menyoroti isu-isu seperti pelan penggantian dan keperluan untuk mencari orang soleh sebagai pelayan Gereja, masalah sosial, pengangguran, dan peningkatan isu kesihatan mental serta bunuh diri, dan banyak lagi.
Dengan pembukaan semula semua gereja, sekarang semua paroki sibuk dengan kegiatan. Bagaimanapun, prelatus itu menyarankan agar Gereja âmendengar hati anda dan cari Tuhanâ dan tidak terlalu sibuk menganjurkan program tanpa menanggapi sama ada kita âbekerjaâ bagi Gereja atau âmembuatâ kerja Tuhan.
Sudah tiba masanya bagi kita untuk meluangkan masa dalam doa bagi membina hubungan peribadi dengan Yesus, supaya kita sentiasa berhubung dengan-Nya, kerana Yesus adalah âpohon anggur kita yang sebenarâ dan âkita akan mendapat kehidupan daripada-Nya dan kemudian menghasilkan buahâ.
Uskup Agung Simon juga menyatakan, pada masa lalu, khususnya sewaktu âACTSâ pada Kongres 2012 dan KAPA Pertama pada 2017, fokus adalah kepada Pembentukan Iman sebagai murid-murid Firman, dan untuk menguatkan Komuni (Kesatuan) dan solidariti di antara paroki-paroki di Keuskupan Agung. Beliau merasakan bahawa masanya sudah tiba sekarang untuk keluar dan melayanâuntuk menjalankan Misi.
Selepas renungan Uskup Agung, semua peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dipindahkan ke dalam bilik âbreakoutâ untuk merenungkan dan berbincang mengenai apa yang telah berlaku dalam kehidupan mereka dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi situasi-situasi sukar dan mencabar. Adakah kita masih dapat percaya bahawa Tuhan akan membuka jalan bagi kita âsedangkan jalan seakan-akan tiadaâ?
Pengerusi APC, Christina Eng, turut membahagikan penggulungan singkat bagi Perjalanan Sinodal Keuskupan Agung, dan laporan sintesis mengenai hasil daripada Perhimpunan Pra-Sinod Malaysia yang diadakan pada 11 Julai di Pulau Pinang.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Discerning Godâs will and listening to the voice of the Holy Spirit