Hari Keluarga Gereja St Ignatius

KUAT… Aktiviti tarik tali antara umat. (Semua gambar: Rita Aba)

Oleh Jessica Ruja Raphael

SARATOK — Kira-kira 70 umat Katolik yang terdiri daripada ibu bapa, belia dan kanak-kanak turut serta memeriahkan Hari Keluarga di Gereja St Ignatius di sini pada 18 November tahun lepas. 

Program itu diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim umat Katolik seluruh zon Saratok dan menyemarakkan semangat kerjasama melalui aktiviti yang diadakan. 

CEPAT… Aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak.
SIHAT… Senaman zumba bersama umat.

Pada majlis itu, beberapa acara diadakan termasuk sukaneka yang melibatkan penyertaan semua peringkat kanak-kanak dan dewasa selain aktiviti senaman zumba. 

Aktiviti seperti ini bukan sahaja bertujuan mengukuhkan hubungan sedia ada malah merupakan usaha terbaik menyatupadukan umat gereja di sini. 

Menariknya lagi, umat yang hadir juga diraikan dengan jamuan persaudaraan dengan aktiviti BBQ serta hiburan nyanyian karaoke yang menjadi kemuncak kepada sambutan Hari Keluarga di gereja itu. 

Program seumpama itu menjadi platform penting dalam usaha mengeratkan hubungan sesama serta menggalakkan aktiviti riadah yang sihat. 

BERSATU… Sesi bergambar sebagai kenangan bersama umat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.