500 umat Katolik Sri Aman ziarah Mount Hosanna sempena Jumaat Agung

Oleh Agatha Samui

SRI AMAN — Pada 29 Mac lalu, Kumpulan Pengukuhan Iman (Guru Kelas Agama), Gereja ‘Our Lady Queen Of Peace’ di sini telah mengadakan sembahyang Jalan Salib di Mount Hosanna. 

Aktiviti ini adalah kolaborasi bersama Kumpulan Liturgi Mount Hosanna. 

Seramai tujuh orang anak Kelas Agama mewakili kelas masing-masing dari Tahap 4 hingga Tahap 10 mengetuai bacaan sembahyang Jalan Salib dengan bantuan lima orang pelayan altar.

Aktiviti yang bermula tepat jam 9.00 pagi itu turut disertai kira-kira 500 umat. 

Doa pembukaan dibacakan oleh Cikgu Jennifer Chong. 

Turut hadir ialah Fr Henry Jimbey, umat dari Gereja ‘Holy Family’, Betong, umat dari Gereja St Ignatius, Saratok, umat dari Gereja St Michael, Lubok Antu, serta-umat dari kawasan sekitar Sri Aman. 

Setelah selesai menjalankan 14 stesen Jalan Salib, doa penutup telah disempurnakan oleh Cikgu Jessica Tunga. 

Sebelum bersurai, Fr Henry menyampaikan renungannya mengenai Kerohanian Jumaat Agung. 

Rata-rata umat yang hadir menzahirkan kegembiraan mereka kerana berpeluang melakukan perjalanan ini bersesuaian dengan Hari Jumaat Agung. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.