Merendahkan diri: Roh kesombongan menyekat rahmat

Fr Thomas Bobby Emprayil VC memberkati jemaat semasa adorasi Ekaristi. Berlutut di belakangnya adalah Fr Nicholas Ng, 15 Mei 2025, Katedral St Joseph. (Gambar: Stephanie Chua)

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Pada Misa khas untuk berdoa bagi penyembuhan di Katedral St Joseph di sini pada 15 Mei lalu, umat Katolik diminta untuk mengamalkan kerendahan hati, kerana roh kesombongan dalam bentuk sikap enggan memaafkan akan menyejkat rahmat Tuhan.

Misa dan adorasi penyembuhan itu dipimpin oleh Fr Thomas Bobby Emprayil VC, Pengarah Divine Glory Ministries (Pelayanan Kemuliaan Ilahi) di Manipur, India. 

Beliau juga merupakan Pemimpin Provinsi Kongregasi Vincentian Wilayah St Thomas yang baharu dipilih. Rektor Katedral St Joseph, Fr Nicholas Ng, turut merayakan Misa.

Baca Firman Tuhan

Dalam homilinya, Fr Bobby menekankan kepada jemaat tentang betapa pentingnya membaca Firman Tuhan, “untuk mengisytiharkan iman kita kepada Tuhan yang bangkit”, “untuk menuntut pengampunan dosa”, “kasih Yesus”, “keselamatan jiwa”, “kembalikan kepada Kristus semua orang yang telah kehilangan iman mereka” dan “penyembuhan daripada penyakit kita”.

Apabila kita mengalami kegelapan, kesakitan, penolakan atau penghinaan, kita harus menuntut Firman Tuhan. 

Dengan memetik Kitab Suci, Fr Bobby dapat menggambarkan penyembuhan yang boleh kita alami. 

“Kerana jika kamu mengampuni orang lain apabila mereka berdosa terhadap kamu, Bapamu yang di syurga juga akan mengampunkan kamu.” (Matt 6:14)

Fr Bobby mengajak jemaat untuk menyerahkan segalanya kepada Tuhan. 

“Serahkanlah dirimu, keluargamu; bukakanlah hatimu kepada firman yang Tuhan berikan kepada kita,” katanya.

Merendahkan diri

“Kemudian Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, ‘Tuhan, berapa kalikah aku harus mengampuni saudaraku yang berbuat dosa terhadapku? Sampai tujuh kali?’ Yesus menjawab, ‘Aku berkata kepadamu, bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh tujuh kali.” (Matius 18:21-22)

“Tuhan menentang orang yang sombong tetapi memberi rahmat kepada orang yang rendah hati.” (Yakobus 4:6)

“Buanglah segala kepahitan, keberangan dan kemarahan, pergaduhan dan fitnah, selain setiap bentuk hasad dengki. Berbaik hatilah dan berbelaskasihan antara satu sama lain, saling mengampuni, sebagaimana Allah dalam Kristus telah mengampunkan kamu.” (Efesus 4:31-32)

Fr Bobby mengakhiri Misa dengan adorasi penyembuhan Ekaristi selama 20 minit.

Seminar Al-Kitab dan Rapat Penyembuhan

Fr Bobby dan pemuziknya, Johns Jose, berada di Kuching untuk mengendalikan Seminar Al-Kitab di Gereja Blessed Sacrament dari 16-18 Mei, diikuti dengan Rapat  Penyembuhan setiap malam.

Dianjurkan di bawah Suruhanjaya Alkitab dan Pembentukan Iman Keuskupan Agung Kuching, Komuniti Pelayan Emaus dari Paroki Blessed Sacrament bertanggungjawab untuk menganjurkan semua acara. Misa bagi penyembuhan di Katedral St Joseph telah dipermudahkan oleh Komuniti Perjanjian Karismatik Katolik Roti Kehidupan dari Paroki St Joseph.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Be humble: spirit of pride blocks Grace

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.