Belia Muslim lawat Galeri Sejarah Keuskupan Agung Kuching

Foto kumpulan di Galeri Sejarah ACCP bersama Uskup Agung Simon Poh (jubah putih), 15 Mei 2025. (Gambar: Sarah Leong/Today’s Catholic)

KUCHING —  Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS), dengan kerjasama Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), JAKIM Sarawak dan HIKMAH Sarawak, telah menganjurkan satu program khas bertajuk ‘Memahami Islam: Bagaimana Menjadi Muslim Yang Baik’ dari 13 hingga 17 Mei lalu.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia Muslim tentang cara menjadi seorang Muslim yang baik, dengan memupuk sikap saling hormat-menghormati dan memelihara hubungan antara agama yang kukuh. 

Seramai 60 belia dari pelbagai negara, iaitu Malaysia, Kemboja, Filipina, Thailand, Myanmar, Indonesia, Brunei dan Vietnam, telah mengambil bahagian.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka untuk memahami sejarah keagamaan dan kebudayaan komuniti Kristian yang kaya di Sarawak, mereka telah melawat Galeri Sejarah di Pusat Pastoral Katedral dan Kuria Keuskupan Agung ACCPC) pada 15 Mei lalu.

Foto kumpulan selepas lawatan ke Galeri Sejarah, 15 Mei 2025.

(Terjemahan)


Berita dalam Bahasa Inggeris: Youth from IIC-MIS special programme visit History Gallery with objective to maintain strong interfaith relations

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.