Oleh Diana Marie
KUCHING — Majlis Pastoral Paroki Gereja Blessed Sacrament (BSC) telah meraikan ulang tahun pentahbisan ke-16 rektor mereka, Rev Fr Leonard Yap, pada 6 Julai 2025.
Majlis makan malam berkenaan dianjurkan oleh Majlis Pastoral Paroki bersama pelbagai pelayanan gereja untuk menghormati perjalanan Fr Leonard sejak pentahbisan beliau pada 27 Jun 2009.
Pada tahun ini, ulang tahun tersebut jatuh pada Hari Raya Hati Kudus Yesus.
Fr Leonard telah dilantik sebagai rektor baharu BSC pada 15 Januari 2023.
Majlis dimulakan dengan doa dan pemberkatan oleh Fr Leonard, diikuti dengan acara memotong kek ulang tahun.
Pengerusi Majlis Pastoral Paroki BSC, Pauline Lim, mengajak semua untuk terus mendoakan Fr Leonard, dan menggalakkan semua untuk menjadi sumber sukacita dan kekuatan Fr Leonard sepanjang perjalanan kepaderian beliau.
Dedikasi beliau dalam melayani pelbagai paroki di dalam Keuskupan Agung Kuching sepanjang kepaderian beliau ternyata satu keberkatan.
Pada penghujung majlis makan malam itu, Fr Leonard menyuarakan rasa syukur yang tulus ikhlas atas doa dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak.
Selamat ulang tahun pentahbisan anda, Fr Leonard! Tahun-tahun pelayanan anda menjadi kesaksian kepada dedikasi dan iman anda yang tidak pernah goyah.
(Terjemahan)
Berita dalam Bahasa Inggeris: Happy 16th Anniversary Ordination, Rev Fr Leonard Yap