‘Seminar Hidup Baru Dalam Roh’ di Kpg Semeba

Para peserta bergambar beramai-ramai besama jawatankuasa penganjur selepas Misa Penutupan bagi ‘Seminar Hidup Baru Dalam Roh’ di Gereja Sacred Heart, Kota Sentosa. (Gambar: SHC Media)

Oleh Felicia Aguan

KOTA SENTOSA — ‘Seminar Hidup Baru Dalam Roh’ telah diadakan pada 20-21 September 2025 di Gereja Sacred Heart, Kampung Semeba, anjuran Jawatankuasa Pembentukan Iman atau Faith Formation Committee (FFC) Sacred Heart Kota Sentosa bersama Ministri ‘Bread of Life’ (BoL).

Peserta terdiri daripada 287 orang pelajar Upacara Inisiasi Kristian bagi Golongan Dewasa  (RCIA,) calon Sakramen Penguatan dari Sam Hap Hin, Gereja St Mark, serta umat dari kampung-kampung di bawah Paroki Sacred Heart. 

Seminar ini bertujuan membimbing para peserta untuk mengalami pembaharuan iman serta membuka diri kepada karya Roh Kudus dalam hidup seharian.

Sepanjang dua hari, para peserta mengikuti sesi pengajaran iman, nyanyian pujian, perkongsian kesaksian daripada Catholic Charismatic Renewal (CCR) Sacred Heart, doa penyembuhan batin dengan Sakramen Maha Kudus, serta perbincangan berkumpulan. 

Seminar ini dimulakan dengan Misa Kudus pada hari Sabtu yang dirayakan oleh Fr Aloysius Dirgahayu, dan diakhiri dengan Misa Penutupan pada jam 4:00 petang  Ahad yang dirayakan oleh Fr Aloysius juga. 

Misa tersebut turut disertai oleh komuniti Kampung Semeba.

Seminar ini membantu para peserta membuka hati kepada karya Roh Kudus, memperbaharui iman, dan meneguhkan diri dalam Kristus sebagai persediaan untuk menerima Sakramen Pembaptisan dan Penguatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.