Seminar ‘Pengidup Baru Dalam Roh’ di Gereja Holy Family, Betong

Oleh Caroline Chadom

BETONG — Bersempena dengan Musim Lent lepas, satu seminar kerohanian telah diadakan di Gereja Holy Family, Betong. 

Ini adalah program kerjasama di antara Gereja Holy Family Betong dengan Kelompok Doa (Prayer Group) dari Katedral Sacred Heart, Sibu. 

Seminar ini telah berlangsung dari 23 hingga 25 Februari lalu. 

Kira-kira seramai 120 umat dari Sibu, Kanowit, Sarikei, Betong, Sri Aman dan Kuching telah mengikuti Seminar ‘Pengidup Baru Dalam Roh’ ini. 

Tema bagi seminar ini ialah ‘Seruran bendar gawa ke Tuhan laban enda lebu gawa ke Iya’ 1 Korint 15:58.

Seminar ini diadakan untuk meningkatkan pemahaman tentang agama Katolik, terutamanya dalam kalangan peserta kelas RCIA. 

Selain itu, seminar ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi Roh Kudus di dalam diri peserta serta merapatkan semangat kekitaan dalam kalangan umat.

Rata-rata umat berpendapat bahawa seminar ini telah memberi impak kepada pengertian dan pemahaman mereka tentang keimanan dan semangat hidup di dalam gereja. 

Selain itu, ia juga dapat menambah pengetahuan tentang Roh Kudus dan peranan-Nya dalam diri peserta. 

Menurut Jason Imba dari Kolej Vokasional Betong, ini merupakan kali pertama beliau menghadiri seminar seumpama ini. 

Beliau sungguh gembira kerana melalui seminar ini, beliau dapat menambah ilmu serta membuka minda dan hatinya kepada ajaran Katolik. 

“Ia adalah penting untuk mempercayai Jesus sebagai Juruselamat dan mengikut ajaran Katolik dalam kehidupan harian. Seminar ini sangat menarik serta memberikan banyak manfaat kepada peserta seminar,” kata Jason. 

Seminar ini juga telah membolehkan semua peserta untuk berkongsi ilmu mengenai Roh Kudus dan pengetahuan dalam membantu meningkatkan keimanan Katolik masing-masing. 

Seminar ini telah dimulai dan diakhiri dengan perayaan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr Henry Jimbey.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.