Gereja Blessed Sacrament sambut Perjalanan Salib

SELAMAT… Majlis Pastoral Paroki BSC menyampaikan kek kepada Fr Leonard Yap, untuk meraikan ulang tahun kepaderiannya yang ke-17, selepas Misa pada 28 Jun 2026. - Foto: Dominic Bong

Oleh Ivy Chai

KUCHING — Perjalanan Salib meneruskan pengembaraannya apabila salibnya tiba di Gereja Blessed Sacrament (BSC) dari Gereja St Mark, Batu Kawa, pada petang 27 Jun lepas.

Salib berkenaan berada di paroki BSC hingga 11 Julai ini sebelum ia meneruskan perjalanan ke Gereja Mother Mary, Stutong; Gereja Holy Trinity, Kenyalang; Gereja St Peter, Padungan; dan kemudian kembali ke Katedral St Joseph.

Salib dibawa ke santuari di mana ia ditempatkan hingga 11 Julai 2026.

Selepas itu, salib itu akan dibawa ke Sibu untuk MPC2026 pada bulan September.

Salib itu pertama kali tiba di katedral selepas Hari Belia Katolik Malaysia (MCYD) 2025, yang menghimpunkan lebih 1,000 belia dari sembilan keuskupan Malaysia di Keuskupan Agung Kota Kinabalu dari 31 Mac hingga 6 April 2025.

Gereja Blessed Sacrament secara rasmi menyambut ketibaan salib berkenaan selepas satu perarakan semasa Misa Ahad jam 10.30 pagi pada 28 Jun, diiringi oleh koir gereja yang mempersembahkan lagu tema MPC, ‘Bangkitlah’.

Dalam homili beliau, Rektor BSC, Fr Leonard Yap, menggesa umat supaya sentiasa meletakkan Kristus sebagai pusat kehidupan Kristian mereka. Sambil merujuk kepada salib, beliau menjelaskan maknanya dan memetik Kitab Suci: “Sesiapa yang tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku.”

Perjalanan sembilan salib merentasi sembilan keuskupan di Malaysia akan mencapai kemuncaknya pada MPC2026 pada bulan September, apabila kesemua salib itu akan digabungkan menjadi satu salib yang besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.