Misa Kesyukuran Gawai di BSC : Memuji Kemuliaan Rahmat Tuhan

Oleh Martina Juan

KUCHING — 15 Mei 2026 Sambutan Misa Kesyukuran Gawai bertemakan “To Make Us Praise the Glory of His Grace” telah berlangsung dengan penuh meriah di Blessed Sacrament Church dan dirayakan oleh Rev. Fr Leonard Yap. Dalam homilinya, beliau mengingatkan umat bahawa segala-galanya datang daripada Tuhan dan umat harus sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan. Beliau juga menyeru umat agar mempunyai hati seperti kanak-kanak yang suci dan penuh kepercayaan kepada Tuhan, tanpa rasa takut atau gelisah kerana Tuhan sentiasa menjaga umat-Nya.

Sambutan pada tahun ini mengetengahkan budaya Bidayuh melalui persembahan tarian tradisional oleh 9 pelajar Sunday School bersama seorang pengajar daripada kumpulan Tarian Kebudayaan dan Kraftangan Religius bersama 4 penari serta pemuzik profesional dari Tematu. Mereka tampil dengan pakaian tradisional Bidayuh yang menyemarakkan suasana perayaan. Dalam upacara persembahan persembahan (offertory), 8 pelajar berpakaian tradisional Iban, Orang Ulu, dan Bidayuh membawa hasil bumi sebagai simbol kesyukuran kepada Tuhan atas segala berkat dan rezeki yang diterima.

Misa turut diserikan dengan lagu-lagu pujian dalam gabungan bahasa Iban dan Bahasa Melayu, menggambarkan keindahan perpaduan budaya dan iman dalam komuniti Gereja. Sambutan ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat kesyukuran dan persaudaraan dalam kalangan umat, tetapi juga memelihara warisan budaya masyarakat tempatan. “Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Ke Anak Incu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.