Majlis Apresiasi, Hari Guru dan Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Guru Katolik Sarawak Bahagian Serian

Guru-guru Katolik yang hadir pada Majlis Apresiasi dan Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Guru Katolik Sarawak Bahagian Serian.

Oleh Imelda A/K Nyaun

KOTA PADAWAN — Persatuan Guru Katolik Sarawak Bahagian Serian telah mengadakan Majlis Apresiasi, Hari Guru dan Mesyuarat Agung Tritahunan di Hotel Roxy Serian pada Ahad, 17 Mei 2026.

Seramai 31 orang guru telah menghadiri majlis ini, yang diadakan untuk menghargai jasa ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Sesi 2024-2026, melaporkan aktiviti-aktiviti persatuan serta melantik barisan AJK Sesi 2026-2028.

Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk merayakan Hari Guru 2026 bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru Katolik di bahagian Serian.

Dalam pemilihan AJK Sesi 2026-2028, Cikgu Andrew anak Francis Nasin telah dilantik sebagai Pengerusi; Naib-Pengerusi ialah Cikgu Simon anak Mpulop, Setiausaha ialah Cikgu Pricilla anak Kunjan, Penolong Setiausaha ialah Cikgu Bonaventure Jong, Bendahari ialah Cikgu Kon Walter, dan Penolong Bendahari ialah Cikgu Mobory anak Igu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.