REGENERATE! Seru umat pulihkan ekosistem dan harapan

Kardinal William Goh (kiri) dan Biskop Joseph Hii dari Sibu melancarkan Musim Penciptaan 2026 semasa Misa di Gereja Saint Alphonsus pada 30 Ogos. Foto oleh VITA Images melalui Catholic News SG.

Oleh Media Vatikan/ Herald Malaysia

SINGAPURA – Kardinal William Goh menggesa umat Katolik melihat penjagaan alam sekitar dan perlindungan golongan rapuh sebagai dua tanggungjawab moral yang tidak boleh dipisahkan.

Dalam Misa pembukaan Musim Ciptaan 2026 di Gereja Novena, Singapura, pada Ogos 30, beliau bertanya, “Apa gunanya kita melindungi ciptaan – bumi ini – jika kita tidak dapat melindungi kehidupan manusia?”

Menurut Kardinal Goh, penja-gaan ciptaan tidak seharusnya terbatas kepada perlindungan hutan, hidupan liar dan iklim, tetapi turut merangkumi perlindungan kehidupan manusia, khususnya mereka yang rentan. Manusia sendiri merupakan sebahagian daripada ciptaan dan telah diamanahkan untuk menjaganya.

Misa itu turut menandakan tahun kedua kempen REGENERATE! 2025–2030 oleh Konferensi para Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei, di bawah inisiatif PROTEC 2.0 (Protect Our Earth, Protect Our Children).

Bertemakan “Regenerate Hope for Land Ecosystems”, tahun kedua memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemulihan ekosistem semula jadi serta kawasan penempatan manusia.

(Terjemahan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.