
Oleh Media Vatikan/ Herald Malaysia
SINGAPURA – Kardinal William Goh menggesa umat Katolik melihat penjagaan alam sekitar dan perlindungan golongan rapuh sebagai dua tanggungjawab moral yang tidak boleh dipisahkan.
Dalam Misa pembukaan Musim Ciptaan 2026 di Gereja Novena, Singapura, pada Ogos 30, beliau bertanya, “Apa gunanya kita melindungi ciptaan – bumi ini – jika kita tidak dapat melindungi kehidupan manusia?”
Menurut Kardinal Goh, penja-gaan ciptaan tidak seharusnya terbatas kepada perlindungan hutan, hidupan liar dan iklim, tetapi turut merangkumi perlindungan kehidupan manusia, khususnya mereka yang rentan. Manusia sendiri merupakan sebahagian daripada ciptaan dan telah diamanahkan untuk menjaganya.
Misa itu turut menandakan tahun kedua kempen REGENERATE! 2025–2030 oleh Konferensi para Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei, di bawah inisiatif PROTEC 2.0 (Protect Our Earth, Protect Our Children).
Bertemakan “Regenerate Hope for Land Ecosystems”, tahun kedua memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemulihan ekosistem semula jadi serta kawasan penempatan manusia.
(Terjemahan)



































