Oleh Angelina Suzie anak Ridis Rinyod
BAU — Pelancaran Hari Minggu Kerahiman Ilahi Peringkat Paroki St Stephen, Bau, pada 12 April 2026, yang dirasmikan oleh paderi yang merayakan Misa, Rektor Father Peter Liston, mencatatkan satu sejarah baharu bagi Gereja Katolik di Keuskupan Agung Kuching.
Untuk kali pertamanya, Kerasulan Kebaktian Kerahiman Ilahi (DMA) di Paroki Bau diwujudkan secara rasmi bagi menyatukan umat dalam kebaktin Kerahiman Ilahi, sekali gus mengukuhkan misi Gereja untuk menyebarkan Khabar Kerahiman Tuhan melalui kesatuan dalam doa.
Kebaktian ini amat menekankan kepercayaan penuh kepada Tuhan dan sikap belas kasihan terhadap sesama manusia.
Dengan pelancaran ini, DMA Paroki Bau kini bersedia menjadi saluran doa gereja bagi masyarakat Bau dan seterusnya, membawa Kerahiman Ilahi kepada lebih ramai umat melalui Kebaktian Kerahiman Ilahi.
Sebagai permulaan, DMA Paroki Bau akan berbakti pada setiap hari Ahad jam 3:00 petang di Gereja Paroki St Stephen, Bau, dengan mendoakan Kebaktian Kerahiman Ilahi bersama para umat.
“Yesus, aku percaya kepadaMu.”









































