Oleh Ron, AJK EMHC
KOTA PADAWAN (4 Okt 2025) — Ministri Pelayan Komuni Bukan Lazim (PKBL) Gereja St Ann Kota Padawan di sini telah mengadakan Program Rekoleksi PKBL 2025. Ia berlangsung di Gereja St Maximillian Kolbe, Kampung Braang Bayur, dengan tema pada sesi kali ini ‘Melayani Sebagai Pelayan Altar Dengan Hati Yang Suci’.
Program tersebut dimulakan seawal jam 7:00 pagi dengan doa Rosari, dan seterusnya bersambung dengan dua perkongsian dan taklimat berhubung dengan tema rekoleksi. Taklimat bagi sesi pertama disampaikan oleh Katekis Joseph Juni manakala taklimat bagi sesi kedua disampaikan oleh Friar Don Don Romero Ramerez, OFM.
Setelah ceramah selesai, program diteruskan dengan Saat Teduh dan seterusnya Misa Kudus. Program in dihadiri seramai 79 PKBL, dan tamat jam 12:30 tengah hari. Ia akan dilanjutkan lagi pada masa akan datang sebagai satu program tahunan PKBL Gereja St Ann, Kota Padawan.













































